~ CliCk mY HeArT ~

Thursday, August 22, 2013

Saya ok jer beraya di Kuala Lumpur...ngeeee (@_@)

Akhirnya terbuat juga entri raya 2013.
Nk mulakan tu mmg malassss sgt, banyak benor lemak2 tepu yang melekat.
Gambar mmg amik dr sana sini..henpon asben la, henpon sendiri la, kamera la. Satukan yg mana patut dlm blog ni.

Thn ni kurang bergambar, tapi alhamdulillah dpt gak gambar bertiga. Thn lepas tak dapat langsung gambar bertiga gara2 Aiman buat prangai.

Thni ni giliran beraya di Kg Baru..seronok gak sbb Kg Baru meriah terutamanya di malam raya. berdemtam dentum bunyi mercun...mercun yg mcm bunga api tu...wahhh banyak sungguh duit depa. Kadang2 tu mcm berperang ngan kampung2 sebelah..dasyat..

Mlm tu juga tgg org surau datang takbir raya di rumah..takbir dalam rumah mcm ni mmg tak dpt kat rumah aku di Perlis sana...yg datang tu kebanyakannya budak2 dan juga sorang dua dewasa yang bertindak sebagai ketua. Sama gak ler macam tahun-tahun yang lalu

masa dorang datang mil dh selesai masak nasi impit dan rendang. Seronok tgk budak2 ni makan. Budak2 ni ramai tau, 20 orang, penuh la rumah mil yg kecik tu. masa dorang nk blk mil kasi duit raya kt budak2 ni. lagi la bertambah sronok. 

Esok raya mcm biasa jer, makan2, beraya dan bergambar.
Thn ni mil masak Rendang daging minang, ayam kalio, nasi impit, kuah kacang berdaging, kuah lodeh.
Sodapppp

Yes..thn ni dpt bergambar bertiga
Aiman dengar cakap, puas gak ler pujuk suruh dok diam
Tema thn ni bidan terjun sbbnya aku buat dua pasang jer baju. Yg selesa dipakai warna pink, jadinya terpaksa la suruh asben pakai baju pink. baju dia mmg dh ada sbb dua tahun lepas kami dh tema pink. Cuma aiman jer kena bli baju lain sbb baju dulu dh tak muat.

Ari tu mcm nk ujan, cepat2 kami ke kubur kat jalan ampang. macam biasa, ada jer pengemis dan penjaja. tersangat2 lah meriah...errmmm. Cumanya kali ni aku ada gak dengar pengemis2 ni ckp org DBKL nk datang serbu. Masing2 dh berdiri, agaknya standby nk lari kot hahaha

Di sini kami ziarah kubur  arwah datuk nenek ayah dan mama. Kat sini ada pokok2 besar. Jadi masa ribut, ada batu nisan yang patah dan rosak..Kawasan kubur ni pon dh nampak mcm dh upgrade yg mana laluan untuk ke kubur dah disimen dan banyak paip2 air dipasang untuk memudahkan kami amik air untuk disiram di kubur. Syabas.


 pastu gi beraya ke rumah makcik sedara di Ampang. Ambik pluang untuk bergambar lagi. Sian ngan makcik ni. Dia ibu tunggal, suami dh meninggal. Anaknya pula sorang jer, lelaki. Tiap2 tahun dia beraya sorang2 sbb anaknya akan beraya di kampung isteri kelantan.

Suasana hari raya pertama. lepas blk beraya, kul 3 tu aku dh tak pakai baju raya..t/hari tu panas terik pulak dah..trus pakai t-shirt jer


Mlmnya baru blk rumah sbb raya kedua aku blk perlis pula

8 comments:

Qhaifa Nur said...

raya kat KL pun meriah juga...
kak nur dah 11 tahun raya kat KL..tapi kasihan kat anak-anak Syariza tak ada kg...

Anonymous said...

raya kat mane2 pun same je, yg penting bersama keluarge yg tersayang...

wana7370

Anonymous said...

raya di mana2 same je azmah, yg penting beraya bersama dgn keluarga tersayang... alhamdulillah...

MrS. F!zA said...

oh makcik tu eh tahu2 k.mah penah cita dlu..siannya.. :(

SiTi said...

alahai... sian nya kat makcik sedara tu.... xkan tiap2 tahun sorg? anak dia ptutnya gilir2 la beraya ....

Rin Maira said...

ai je yg tak bp nk ok kalo beraya kt Kl....walaupun mak ada sekali....tp feel tu x sama... Putrajaya sunyi sgt.

...seb bek raya tahun ni kt Muar.... :)

munna said...

salam adilfitri .... oklah kat mana2 pun yg penting ada org yg tersayang di samping

Rinna said...

Okey gak raya kat KL..
Cantik kaler tema baju raya.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails