~ CliCk mY HeArT ~

Friday, April 18, 2014

Sewa kereta Sabah

Di Sabah kami cuma sewa kereta Viva saja. Maklumla famili kecik jer kan.
Aku cari nombor penyewa ni daripada blogger2 yang pernah ke sana. Sedikit sebanyak review dorang tentang Sabah banyak membantu aku.
Aku ada la call penyewa kereta yg lain, tp harganya tak berapa sesuai. Aku tau aku leh dpt murah dari yg dorang sebutkan. 

Aku call ngan En Shahril - 012 822 1685
senang berurusan ngan dia
Kereta Viva Auto - RM90 sehari
Viva Manual - RM80

Aku sewa auto, ikut permintaan en asben..dia malas nk manual-manual hehehe.
Aku amik Selasa dlm kul 1 dan pulangkan Khamis kul 3pm. Dia amik RM180 . 
Dia lebih kurang ngan aku, kira ok la. Aku janji pulangkan  kul 3 tp ari tu aku pulangkan awal  sejam. Kul 2 dh bg sbb spai airport awal.

Kereta dia mmg tip top. 
Aircond sejuk, cermin tinted..best je aiman tido
Rasanya dia juga ada kereta yg lain2..kalo berminat uols leh call dan tanya dia ok.


En Shahril hantar kereta ni kat airport dan masa pulangkan pon kat airport jugak.

Dah dapat kereta teruskan perjalanan ke Kundasang. eh tak..kami lunch dulu kat KK, lunch kt kedai mamak jer...makan pon tak rasa apa, kiranya makan utk lapik perot. 
Ingatkan KK x de kedai  mamak hehehe..Dah kenyang baru teruskan perjalanan ke Kundasang.

Kami kena cepat sampai sana sebab perjalanan dari KK ke Kundasang amik masa 2 jam setengah. Pastu kan kat sana cepat gelap. Lagi la aku gelabah...dah la gi tempat orang, jln pon tak tahu..Jadi jgn la cari pasal nk gi lambat2..dh gelap kang ko teraba-raba pulak. Sepanjang perjalanan berdoa jer, jgn la sesat, jgn la kereta buat hal...alhamdulillah, smuanya ok


cerita sebelum ini: Sabah - Part 1


Tuesday, April 15, 2014

Pertama kali terbang ke Sabah

Agak lama tertangguh nak buat entri Sabah. Dah lebih sebulan aku ke Sabah, lambat2 pon aku kena buat gak entri ni..kenangan indah yang diingati untuk hari-hari yang mendatang..awal2 lagi aku dh gugel hotel, kereta sewa, tpt2 menarik, harga tiket, dan jalan2 yg perlu dilalui...semua tu penting ok

Kami iaitu aku, asben, aiman & my mil ke Sabah pada 4 Mac dan balik pada 6 Mac, 3 hari 2malam. Mcm biasa la tiket Air Asia yg dibeli murah2 tahun yg lepas...gitu la kan, poket tak berapa nk kembong..kena la camtu.

Pengangkutan ke LCCT mcm dulu2 gak, park kete kt ofis asben, pastu amik ERL, brenti kat Salak Tinggi, pastu amik bas transit plak ke LCCT..Kalo dh pakai byk transport tu kena la setkan masa betul2..kalo tidak...good bye la

Nampak tak? dh xtra large dh ni.

napak tak date confirmation? dh lama pon bli tiket 20 sept. 2013
tiket utk 4 org
masa pergi.... amik baggage 15kg
masa balik amik 30kg...harusla barang bertambahkannnnn
aku dan asben kami pakai beg galas jer.
amik baggage tu utk mil dan confirm la ada baki berat tu leh guna utk beg aiman aku pakai beg tarik.

 

aiman sgt2 seronok...teruja sangat..maklum la last naik flight umo 3thn
kebetulan masa kami naik ni weekday, so mmg lengang.
leh plak dia berjalan dari depan hingga ke belakang tu...
eeii...mmg kena ada kesabaran yg tinggi...dengan panjat kerusi lg..kejap duduk depan kejap duduk blkg

Menu tak berapa igt, rasanya 
Nasi tomato + air milo
bila tgk org lain makan, aiman pon mau mkn
kalo amik online murah sikit
tp aku bayar masa tu, mahal la sikit

Sampai2 jer dh cop bagai..tgg org sewa keta...awal2 dh confirm ngan dia dah

pasni i tell u ok






Wednesday, April 2, 2014

Sentiasa di ingatan.........

Assalammualaikum semua
Dah lama tak blogwalking rumah kawan-kawan
Kalau ada pon, tak sempat nak komen apa-apa...just baca jer
Sorry yer....tak sempat sangat
Nak update entri pon asyik bertangguh je

Jom nak citer kisah Sabtu lepas
Ari tu terbaca status kawan yg nak berpindah jauh, kiranya kluar dari KL la
Namanya Ifa...kami berkawan semasa aku bekerja di putrajaya dulu
Mula-mula dia masuk kerja pon, kami dh mula rapat termasuklah ngan Gee
Ke mana-mana jer kami bertiga...pegi bank ker, pegi beli makan ker, gi jualan bulanan ker, slalunya akan bertiga lah. Masa tu dia lom kahwin lagi.

Jadinya bila aku berpindah keluar dr ofis Putrajaya mmg akan terasa kehilangan lah jugak ngan kawan2 yg selalu bersama-sama ni. Kemudiannya Ifa pulak yg keluar dr ofis tu, dia dapat plak tukar ke ofis yg sesuai ngan jawatannya tu. masa dia kahwin ari tu pon rasa ralat sgt tak dapat gi kenduri dia kat Melaka. Sekarang ni Ifa akan berpindah ke Penang, lebih dekat ngan suaminya.

Bila dah tau dekat dah tarikh dia nak berpindah tu, cepat2 la aku berjanji ngan dorang untuk berjumpa. ekceli dh lama rancang nk jumpa sama2...betul la kata gee, planning tu dari tahun lepas lagi..huhuhu..tapi disebabkan macam-macam hal, terpaksa la tangguh.

kali ni tak kira la camana pon, aku mesti jumpa dorang. Ayat tu jugak aku gi tau kat asben..aku harap dia paham prasan aku nk jumpa kawan2 kesayangan aku ni.

Berjumpalah kami di Alamanda, aku pon tak leh lama2 sebb petang tu kena gi rumah mil plak.


Makan-makan di SR

weols
Masing-masing dh membolat
Yg paling ketara aku ngan Ifa la
Gee napak ok lagi
Leh plak masa nampak Ifa dari jauh aku leh tak cam dia ...hehehe
Memang beza org yg lom kahwin ngan dh kahwin kan hahaha

Gambar weols tahun 2012
Nampak beza kan

Buat kawan-kawanku...walaupun uols jauh di mata, tapi di hatiku kalian tetap sentiasa dekat 
Segala ingatan yg lalu masih segar di ruang mata
Saya doakan semoga Allah sentiasa melindungi kalian
Amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails