~ CliCk mY HeArT ~

Tuesday, October 30, 2012

Lepas raya, baru shopping

Salam semua, aku pasti hari ni ramai yg dah masuk kerja. Aku mcm biasa la, semalam lagi dh kerja. Raya pon kat Kg Baru jer takkan la nak amik cuti lama2 kot. Lagi pon dh hujung2 tahun ni, cuti pon dh sikit, tinggal 5hari jer huhuhu.

Selalaunya Raya Haji mmg aku tak balik kg Perlis, jarang sangatlah kiranya. Slalunya aku akan telefon mak bapa di pagi raya & bermaaf-maafan dalam telefon. Tapi situasi kali ni agak berbeza sbb aku tak dapat nak call depa sbb semestinya lah time tu depa sibuk mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci Mekah...ohhh sayu jer hati ni di pagi raya...tak per, sabarlah duhai hati, Jumaat ni aku dapat berjumpa depa. Yes!!! mak bapa akan balik penerbangan pertama...

Semalam abg sulung ada ckp telefon ngan bapa, katanya depa dh pon dh selesai urusan haji, ada la beberapa perkara yg belum buat. Bapa pun ada gak buat korban di Mekah, Alhamdulillah. Mak pon dh tak der suara, kesan perubahan cuaca agaknya.

Raya thn ni mmg tak der sangat perkara-perkara menarik yg berlaku. 
Pagi raya pakai gak ler baju raya, tp tak sedondon pon, en asben & aiman baju melayu grey, aku plak baju purple..maklum la aku ni dok rumah cuci pinggan, jadi pakai baju biasa-biasa dah ler, takkan nak bling2 pula...
Lepas asben sembahyang raya, kami ziarah kubur arwah datuk nenek, mcm biasa situasi biasa yg dpt tengok, laluan ke situ penuh ngan peminta sedekah pelbagai kaum...errrmmm

Lepas tu ada gak ler tetamu kat rumah mama, pakcik sekeluarga. Petangnya aku rasa boring sbb x der nak buat apa2, aku pon ajak en asben dan mama ke kedai borong di Chow Kit hahaha hari raya pertama lagi dh shopping. 

Raya kedua pon camtu gak, kawasan rumah mama tu ada gak ler buat korban 7 ekor lembu..pagi tu asben bawa jap Aiman gi melawat lembu-lembu yang nk kena korban, pastu gi tgk org melapah..kiranya mcm bg Aiman tgk sesuatu yg jarang2 dia dapat tgk...mcm2 soklan yg kluar dr molot dia..


Pastu kluar lagi cadangan dr molot aku, "abg, jom kita gi Houz Depot"...haaaa see merayap lagi tu...bawa gak mama ikut skali...sbenarnya nk gi survey brg2 yg nk beli utk rumah baru...last2 beli la bantal yg tgh offer..mama beli dua biji, aku pula sebiji..Makan pula singgah kat JJ Setiawangsa...nak cari kedai makan payah gakler, coz masa ni ramai lagi yg tak buka kedai makan.

Sabtu malam kami dah balik Putrajaya, sbb Ahadnya dh plan mau cat rumah, tak mau lagi buang masa, skrg ni masa itu emas.

Itu jer serba sedikit kejadian di hari raya korban tahun ni...


5 comments:

Puteri Satu said...

akak dulu nak masuk umah baru exited sangat... sya beli umah kat maner ye...???

mamyharraz said...

raya haji sy pun simple je..pg ray amsih bertshirt nak gerak jln baru hegeh2 tukar baju..
shopping lepas raya pun ok sbb lengang sikit org. hehe

Qhaifa Nur said...

kejap dah mak ayah nak balik...
alhamdulillah, semua selamat dan segala urusan telah dipermudahkan.....

SiTi said...

sopping utk umah baru yer.... mesti byk yg dah ter"list" dlm kepala tu kan

syariza09 said...

Puteri Satu

mmg xcited tp pitis x cukup..rumah kt sri kembangan


mamyharraz
aar jln raya pon x sibuk


Qhaifa Nur
insyaallah



SiTi
hehehe...mmg banyak pon

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails