~ CliCk mY HeArT ~

Friday, June 24, 2011

Esok cuti...jom la buat kek Red Velvet

hahaha....dah dah la tu...jgn terliur lagi. Esok kan cuti, so uols banyak masa utk buat kek ni. Yg penting kena ada kekuatan fizikal dan mental....cewahhh..mcm nk suruh berkawat pula.


Betul la kannn, kalo x der semangat cam ner nk ada feel nk buat kek...aku kan dah berjaya buat ...mcm n3 ni (berlagak jap, kek comot pon kata berjaya..kui..kui..kui)
Kalau google resipi red velvet, mcm2 yg akan keluar, pandai2 la kita nk guna resipi yg mana satu kannn. Aku guna 2 resipi ni, bhn2 sama jer cuma ada perbezaan dr segi pengurangan gram bahan2 yg digunakan.

pic: google (ampun laaa..aku x reti nk deco shantek2 camni)

KEK RED VELVET

Jom kita tgk resipi

Resipi pertama:
Sumber: Tearatak Impian

source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com
Sumber III : @Teratakimpian

Bahan-bahan
Bahan Kek

  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut

Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.


RESIPI KEDUA

Resepi ini adalah kepunyaan Cik Irma dan diturunkan kepada Cik Min 
dan Cik Min telah berjaya membuat saya exited untuk mencubanya. Wah! Memang best!! Lama dah nak buat, tapi asyik lupa nak beli cuka, semalam baru teringat - padahal bukan la byk mana pun digunakan.. sekadar 2 sudu kecil sudah mampu merubah kek ini menjadi lain dr yg lain.

Bahan A
250 gram tepung gandum atau tepung naik sendiri
1 tsp baking powder – (jika guna tepung naik sendiri tak perlu bubuh)
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati
240 ml buttermilk*
2 tbsp pewarna merah
nota * : (Utk gantikan buttermilk jika tiada di pasaran : Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan)
Bahan C
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
Bahan D
1 tsp cuka
1 tsp baking soda

Topping – Cream Cheese Frosting.
227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone (jika tiada tak pe)
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Cara

1) Proses2 bahan C bermula iaitu dengan memukul butter (yg telah dibiar dlm suhu bilik) - pukul selama 3 minit
2) Masukkan gula kastor - pukul lg 3 minit
3) Masukkan telur one by one (2 minit pukul tiap satu).
4) Masukkan esen vanilla - pukul seminit.
5) Then masukkan Bahan2 A (tepung, baking powder, coco dan garam yg telah diayak tadi) selangselikan dgn Bahan B (campuran buttermilk* yg telah bercampur perwarna)
6) Dlm bekas kecil, masukkan bhn2 D, biar campuran tersebut berhenti berdesir baru masukkan ke dlm adunan kek td. Kacau sebati.
7) Siap utk dibakar dgn acuan 9' (2 bekas berbeza)... nak buat 2 tingkat kan (yg ditemukan oleh cream cheese di tengah-tengahnya nanti)...
8) Oven suhu 175 C selama 30 minit atau lebih (bergantung pada jenis oven anda) ---> perlukan sedikit kepakaran anda di sini utk memahami jenis oven anda.
9) Bila dah masak. Tutup oven biar 15 minit di dalam oven sebelum dikeluarkan.

Topping

1) Pukul creamcheese Phidelphia, jenama Tatura pun still ok. Pukul bersama mascarpone hingga kembang - 5 minit.
2) Masukkan esen vanilla, gula icing - putar lg
3) Masukkan whipped cream dan putar lg 2 minit. Biar likat...klu tak likat masukkan dulu peti ais before digunakan.


Perhatian: Ada sikit tips yg aku nk bagi

Yg aku highlight tu, aku ikut apa yg disuruh ::
~kurangkan gula 

~gantikan telo kpd gred B (kadang2 kt kedai susah nk dptkn telo gred A)

~aku lbh suka tgk cara2 buat kek ni pd resipi miss mirror

~Pewarna merah aku cuma gunakan 2 1/2 sudu teh, baru la nampak mcm ala2 velvet gitu

~Ikut jer sukatan koko yg digunakan, jgn terlebih2 sbb kalo lebih nanti kek akan jadi pahit

~Kalau dibuat dalam cuppies mcm yg aku buat sblm ni, kurangkan masa bakar kepada 20minit suhu dlm 160darjah (tp ni ikut suhu oven uols la, oven kita x sama kan)

~ mascropone tu aku tak guna pun & rasanya ttp sedap..tp kalo uols jumpa menda alah tu, try la guna, mesti rasa tu lagi2 sedapppp

~ rasanya kek kalau makan togel camtu jer kurang sedap, lbh sedap kalo ada topping cream chesse

~itu jer kot tips....

SELAMAT MENCUBA UOLS
dah buat jgn lupa tunjuk kt blog masing2
...wajib tayang tau!!!


silalah deco cantik2, jgn deco huduh cam aku......aku lom pro lagi



6 comments:

Unknown said...

rasa cam teringin nak cuba je... tapi nak kena tunggu 2 beradik tu tido dulu la...

tapi kan, kang dengan ummi dia sekali tido... hehe

serius, rasa nak cuba... nak kena cari la bahan2nya... nak buat bila tu, tak tau la...hehe

Mama Gee said...

weii u jual le...
i nk beli 2 cup buleey???
semalam takde jual plak...tensi sungguh!

mamyharraz said...

nak buat tu mmg lambatlah sy ni sya...

order kt awk jelah nnt hehehehh

deko simple camtu pun dah buat terliur nk mkn kek tu ;)

Unknown said...

thx awak! nti sy nk try la

tgu sy tayang kat blog sy nti k..hehe

kak ina kl said...

akak ada buat gak..tak lawa pun

Unknown said...

Kenapa kek sy tekstur keras ek kak ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails