~ CliCk mY HeArT ~

Tuesday, November 9, 2010

Ubi kayu utk mil

Sblm ni kan aku ada crita pasal weekend ari tu mil tinggal kt rumah aku kan, masa gi pasar dia tunjukkan lah kat aku mcm mana cara nak cari ubi kayu dengan betul, supaya masak masak nanti cepat empuk. Aku kan ngaku kat dia yg aku ni tak pandai nak beli menda2 mcm tu. Mulut ni mmg tringin nak mkn mcm2. Tapi bila bab nk memilih ni aku krg pandai, nanti kan terbeli ubi tua pulok. jenuh pulak la nk gigit ubi tu. Katanya kalau nak membeli, cari yg kulit merekah. Nanti kalau masak tu, cepat jer dia empuk. ooooo mcm tu ka. 

Bila dah beli ubi tu, tringin pula nak mkn mcm yg arwah nenek buat..ubi tu parut & kukus. Parut pula x der, kena la beli. Sib baik ada, yg kecik pun jadik la. Petang Ahad, ngan gigihnya akupun memarut ubi2 ni untuk minum petang ngan mil. Sodappp


Ni la rupa ubi yg dah buang kulitnya. Aku guna parut mcm ni (kalau guna parut yg plastik takut patah pula).
Bila dah parut, mcm ni la jadinya terurai satu-satu


Pastu buat bulat & longgok2 atas kukus. Masa ni ubi ni masih putih

Bila dah sudah kukus, tukar kaler kuning pulak dah. 
Mil aku tanya samada aku letak kunyit.....dak aihhhh, x letak apa2 pon

Aku lbh suka mkn ngan kelapa. Ada setengah org mkn ngan sambal, terpulang pd selera masing2



8 comments:

mamyharraz said...

ni nak kena try tskk nampak sedappppp tak penah mkn..

izan_cute said...

arghhh,sedapnyer kak,cicah dgn sambal pun sodap.ikan masin pun ada lg masyuk..hujan2 ni layannn..nak tikit!!!

syariza09 said...

mamyharraz

try ler...sedap gak ni

syariza09 said...

izan_cute

hujan2 ni sedap mkn mcm org2 zmn perang jepun dulu..mkn ubi kayu pon sedap :D

Rinna said...

Nampak cam sedap jerk tuh..hmm..tapi tah bila laa nak cuba wat nie..hehehe.. :)

MrS. F!zA said...

haishh ni pestime tgk kukus yg siap parut.. rasa msti sama je kan dgn yg tk parut.. cuma lg sng nk mkn la kan..hehe

syariza09 said...

Rinna

mmg sedap. try ler wat

syariza09 said...

MrS. F!zA

rasanya tak sama ngan kita rebus. seyes. kalo kukus ni dia mcm melekat & ada rasa kenyal sikit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails