~ CliCk mY HeArT ~

Wednesday, November 6, 2013

Sedapnya air masin itu...errkk

Nk citer sikit pasal kursus yg pergi ari tu

Kursus: Team building
Tempoh: 4 hari 3 malam
Tempat; Kem Rimba, Pangkor
Peserta : 35 org
Fasilitator: 15 org

Thn lepas nama dh naik utk gi kursus ni, tp aku tolak sbb ramai yg ckp kursus ni tersangatlah penat, maklum la byk xtiviti melibatkan fizikal.
Thn ni nama naik lg, hurrmm pasrah jer lah...
lagipon kursus thn x cukup lg, baru 2 hari jer

Kursus ni x yah nk bawa baju kurung bagai
Yg penting t-shirt & sluar track, senang keje
Kursus ni semua peringkat umur ada
20an, 30an, 40an 50an & yg nk pencen pon ada
Fasi pon ada pesan, kalo kursus yg melibatkan fizikal tu ikutla kemampuan masing2..x larat bgtau awal2
ok lah..layankan jer lah gambar2

Sebelum bertolak, berkumpul dulu dengar taklimat drp kem komander
smua serba kuning, tp bukan BERSIH yer

Dah sampai pon, kami naik bot di Jeti Marina
First time I sampai sini
Cantik gak tempat ni, tp mcm sunyi sikit

Ada gak kedai

Brg2 yg kami bawa
Life jacket pon kami bawa sendiri
Kalo sewa kt sana, mahal

cantik pemandangan kat situ

Bila la dpt naik bot2 camni
ni bot privacy agaknya

Akhirnya sampai la kami ke Kem Rimba, mmg rimba
Banyak pokok2 besar

Di tempatkan dalam dorm
Ni la rupanya
Ada bilik air dlm bilik ni
Kami duduk 9 org jer, selesa sbb ada air-cond

 hari pertama, petang tu juga kami ada aktiviti keyakinan diri di air
Sebelum kena rendam, bergaya dulu ngan life jacket hehehe

Kendur2kan urat, nanti kang terkejut pulak urat terkena air laut
Masa ni mcm2 perasaan ada, maklum la aku ni tak pandai berenang
Kalo setakat main air kt tepi2 tu bolehla
Tapi kalo nk berendam ke tengah2 laut, mmg tak ler

Masa ni kmi kena cari partner yg pandai berenang, sbb kalo jadi apa2 senang la sikit

Mula2 berendam tepi2 dulu, dh lama sikit baru fasi bawa ke tengah
pastu disuruhnya baring terapung atas air, bila pejam mata tu nikmatnya 
aku ni x berapa nk cekap lg, bila dia suruh berdiri mula la rasa terkapai2
kejap baring, kejap berdiri..ehhh bergelen2 dah air masin masuk lam molot tau

Bila semua dh confident ngan air, baru la kami naik ke darat
W/pun aku ni tenggelam timbul, rasa best tu ttp ada
Rasanya first time kot buat xtiviti camni

Malamnya ada aktiviti ngan kaunseling plak
Next entri nanti aku citer kisah kami buat rakit plak ok

sedap ker air masin????
ermmm propa sungguh
















5 comments:

PakcikLie PCL said...

Jabatan mana ni Syariza?

Qhaifa Nur said...

kena berendam dalam air ke...takutnya tapi best
sempat lagi telan air masin...sedapkan ha..ha..

syariza09 said...

PakcikLie PCL
salah satu tempat melatih bakal2 cikgu

Qhaifa Nur
aar mmg best kena rendam, kejap2 ok la

mamyharraz said...

sy teringin nak joint aktiviti gini..last joint mcmni zaman sekolah.
la ni mmg tak dapatlah sbb dah jd suri rumah -_____-

azieazah said...

Bukan semua orang ada peluang dapat buat xtvt gini tauuu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails