~ CliCk mY HeArT ~

Tuesday, May 21, 2013

Tulang mereka semuanya ringan.........

Minggu-minggu yang lalu, dh lupa eh tarikhnya... taman saya ada la buat gotong royong. Saya tak pegi, tp asben ada la gi..

Dah duduk camni kena la pandai2 bercampur ngan orang lain. lagipon ni semua utk kebaikan smua gak.
Semua gambar2 ni saya copy dari facebook. 

Gotong-royong kali ni lebih bertumpu pada tanda arah dan pembersihan tapak surau.


Gambar di atas ni, saya tak kenal siapa pula gerangan mereka ni, may be jiran Fasa 1 kot ngeee, kalo jiran dekat2 rumah saya cam la.

masa ni dorang mengecat semula tanda taman yg semakin lusuh. errmmm pemaju menda2 kecik camni mmg dia buat2 tak napak jerr.

pokok yg menghalang perkataan tu pon dh dipotong pendek, bila dh kuning gah mcm tu senang sikit org nak nampak.

en asben plak sibuk memasang tanda arah taman kami.
Slalunya kalo org nk gi rumah kami mmg sesat sbbnya tanda arah ni tak der sebelum ni.

Nama taman yg bercat kuning mcm kat atas tu mmg la ada, tapi jauhhhh sangat ke dalam. Kalo org lalu lalang jln besar tu mmg org tak tau dalam tu ada perumahan.

Ni pula pembersihan tapak surau. Kat sini lom ada surau. Jadi kalo nk dengar azan tu pandai2 la buka tv atau radio.

 Susah gak kalo tak dengar azan, masa tu kita x prasan, dh zohor ker, asar ke...kalo dulu dok kuarters dekat jer sore azan tu kat telinga.

Persatuan dh minta pihak2 yang berkenaan untuk dirikan surau. Mungkin sikit masa lagi wujud la surau tu.

Asben cakap ramai gak yang sertai gotong-royong ni. Alhamdulillah...elok la mcm tu, sama2 buat kebaikan untuk taman kita.


8 comments:

~Siti Hajar~ said...

Wah! kuning ang ang...dr jauh dah nmpk tu...

Sya dok tmn baru ada fasa2 yer..

Qhaifa Nur said...

bagus macam ni sepakat antara semua..
kerja pun lagi mudah...

syariza09 said...

Siti Hajar
aar...jauh lg leh nampak :)
Fasa 1 & 2 dibuat masa yg sama


Qhaifa Nur
senang kalo sepakat mcm ni

-Sara- said...

kawasan baru kot tu xde surau lg..kang adelah tu kan..

*jelesnya org dh ade umah sndiri :(

ieda immi said...

bagus kan gtg royong macam nie .. eratkan hubungan sesama kita ;)
akak suke bab nie ... bab masak lah ;)

MrS. F!zA said...

syiok kalo dpt jiran rukun tetangga yg ringan tulang..

Anonymous said...

awakk.,.de fb tok tmn ni ker?

syariza09 said...

Anonymous
ada, leh buka Lestari Permai, ada syarat2 utk join group ni. add dulu, nanti admin akan bagitau syarat2nya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails