~ CliCk mY HeArT ~

Friday, November 30, 2012

~ I N S A F ~

Hari Rabu  lepas bahagian aku dan geng2 opis ada lawatan ke MAB Brickfield.
Malaysian Association for Blind (MAB) atau Persatuan Orang-orang Buta.
Tujuan utama ke sini sbb ada kena mengena ngan tugasan la juga, kami kan ada student kurang upaya penglihatan, jadi kami kena belajar sesuatu yg baru untuk kemudahan dan keselesaan student ini.

Bila masuk dalam pentadbiran kami disambut oleh dua orang penyambut tetamu merangkap operator telefon.
nampak tak kertas kuning atas kaunter tu...kat kertas tu ada tertulis...ayatnya lbh krg mcm ni laa " penyambut tetamu kami kurang upaya penglihatan, sila perkenalkan diri anda"
Kagum aku tgk cara dorang bekerja.
kemudian kami diberi penerangan oleh pegawai yg bertugas. Kebanyakan mereka yg bekerja di sini adalah OKU penglihatan.
Kemudiannya kami dibawa ke tempat2 yg lain..

Mr ni terangkan penggunaan komputer yg dikhaskan untuk membaca artikel-artikel atau paper.. Komputer ni boleh dilaraskan utk besarkan tulisan atau tukar kaler tulisan ikut keselesaan pengguna..

ni pula pameran barang2 yang diguna mengikut tahap kerabunan seseorang

Ini adalah mesin taip tulisan braille.
Aku try angkat, berat juga woo
kekadang ternampak juga student kt tempat aku dok usung ni

pegawai ni tengah demo penggunaan mesin ni.
Rupa-rupanya tulisan braille ada dua jenis gred.
sorry, aku dengar bila dia terangkan, tp aku tak reti plak nk citer kt uolss pasal gred ni hehehe

Untuk info, kat sini juga ada menjual alat-alat untuk OKU penglihatan, contohnya macam tongkat, kanta, spek mata, dan macam2 lg.
kalau ada saper nak cari barang2 mcm ni untuk sedara, kawan yg senasib leh la dapatkan kat MAB.

kakak ni tgh scan buku. ada satu mesin ni akan transform dan print kepada tulisan braille. bila scan, mesin ni akan berkata2...page 1, maknanya dia tau la page dh sudah scan

kat sini juga disediakan cd audio buku.
jika tak baca buku, dorang leh dengar jer cd.
kiranya seseorang tu akan baca buku, dan akan direkod dlm cd. 


ni la bilik rakaman tu

bila datang sini, aku rasa kagum dengan org2 sini yang pandai berdikari,
kadang2 tu tgk dorang lebih bersemangat drp org yg normal..
bila kita rasa susah, ada lagi org yg lebih susah drp kita

4 comments:

Atie.Rashid said...

x dpt bygkan kalau kat tmpt dorg... huhuhuhu

hyazz said...

hebat kan deme! kagum deme boleh buat keje cam kita

Noli said...

alhmdulillah..ade jgk kemudahan tuk org kurang upaya kn..

salam kenal ;)

syariza09 said...

Atie
aar, dorang ni tabah & kuat semangat


Me
Mmg kagum sgt2


Noli@Ibu Wafa
ada & skrg ni pun diperluaskan kemudahan tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails