~ CliCk mY HeArT ~

Tuesday, October 9, 2012

Pengsan dulu, baru cabut.....errmmm

Gigih merajinkan diri update blog ngeh...ngeh...ngeh..
Citer ni mmg citer tertunggak, terpaksa qada' semula.
harap uols sudi membaca.


Ingat lagi tak ngan citer panjang lebar kisah aiman ari tu.
24 sept. dah tiba masa appoinment Aiman kt Serdang. Kalo diikutkan, mmg tarikh tu dia kena admit, tapi kebetulan pula masa tu aiman ada selsema tapi sikit2 jer. Masa tu aku tak pasti samada boleh cabut atau tak. kalo diikutkan ckp doc, batuk, demam, selsema mmg x leh cabut. Apa2pun dr rumah aku dh packing baju aiman & aku, kot2 kena stay juga kt hosp. Tup2 bila doc check, tahap selsema aiman tak teruk, jadi aiman leh la cabut gg 25 sept., mcm yg dirancangkan..satu malam gak ler kami kat sana.

Dalam masa yang sama, kepala aku pikir mcm2..kebetulan pula 25 sept. aku ada kursus fail meja kat morib, huhuuhu mcm2 perasaan ada...aku & asben cuti dua hari la 24 & 25 sept.


Anak dapat makan, mak pon dpt mkn
Tapi biasaler kan, nasi spital mana ler sedap pon huhuhu
malamnya sms asben suruh tapau nasi goreng

Kat wad ada playground...sronok ler Aiman
Aiman kan sihat, sakan la rancak main. Bukannya dok bilik pun, banyak masa abis kt sini.
tapi elok gak, kalo kat bilik asyik bercakap jer, aku plak yg risau kot2 ganggu budak2 yg sakit kt situ.
Dia main pon lasak, bertambah2 la aku risau..kawan2 dia kt situ, tangan masing2 berbalut, kang tak pasal2 plak ada yg berdarah. Ingat senang ke nk kontrol si aiman tu..iman kena kuat wooo

Dah letih main & ngantuk, baru la dia duduk atas katil, tu pon dh mlm
aku pon acah2 gak, kata nurse nk cucuk budak yg tak tido hehehehe

Esoknya (25 sept.), masa utk cabut gg. Malam tu selepas kul 12pm Aiman dh kena berpuasa, maknanya tak leh makan & minum, termasuk la minum susu pon tak leh.

Paginya puas gak ler tgg giliran aiman. Budak katil sebelah Aiman dpt buat awal gak ler. Aiman pula kul 10.00 br nama dipanggil. Dalam tempoh masa tu, dia asyik minta susu jer...yer lah biasanya kalo bangun pagi mesti dia nak susu. Puas gak ler aku bagi dia leka ngan main sbb nk bagi dia lupa pasal susu. Tapi dalam hati tu, kesiannya Aiman, mesti dia lapar.

Aiman akan masuk bilik bedah. kena pakai la baju ni. Ingat senang ke nk bg dia pakai, puas kena pujuk tau. tambah2 topi biru tu, asyik nk buka jer

 isshhh...duduk elok2 sikit, kang ada plak yg ternampak. spender tak pakai tuuuu

dh ready utk ditolak ke blk bedah. nurse tu asyik gelak kat kami somi istri coz suka sgt amik gambar...biasa la tu kak hehehe

 muka aku mmg nerbes giler...mmg cuak
prasaan masa ni mcm2 ada. w/pun setakat cabut gg, sedih wooo tgk ank masuk bilik bedah, risau pon ada.


Aku pon masuk skali dlm bilik bedah tu utk tenangkan Aiman. Dalam masa tu Aiman diberi gas utk tidurkan dia, kiranya masa cabut gg tu Aiman pengsan la, dia tak sedar. Masa proses cabut tu, aku dah tak boleh lagi duduk dalam tu & dibawa dlam bilik menunggu. 


Masuk dalam bilik bedah 10.30am, kluar pula kul 11.45am, 1jam 15minit la. Bila dh selesai, aku dipanggil kat bilik menunggu. masa aku sampai tu Aiman dh sedar & menangis2, dia peluk erat doc India. Bila Aiman nampak aku trus dia nangis2 & peluk. Aku pon nangis, aku tau dia sakit...
Doc suruh aku tenangkan dia & bagi dia rehat. Dalam sejam gak ler, kami kat situ. Doc nak tgk perkembangan dia. Aku tenangkan dia & bagi dia tido. Doc ada bagi gigi2 yg dh cabut tu dlm botol.

Aiman kena cabut 5 batang gigi....
gulllppp terkezut aku. Sebelum tu mmg doc akan ckp dia akan cabut gg2 yg rosak, kalo boleh baiki, doc akan tampal. Gigi dia yg serpih pon kena cabut. Kiri kanan gg kena cabut termasuk gg geraham, panjang wooo akar geraham tu.

Bila tgk dia dh ok, baru naik semula ke wad
sib baik la dia tido jer, kalo sedar pon dia minta air. Anak mama kehausan yer...bayangkan ler dr pg sampai kul 1pm dia x dapat makan & minum..sian sangat2. masa ni nampak bengkak sikit muka dia...sian anak mama.
Rupa2nya budak sebelah katil Aiman lg dasyat. Umurnya 5thn kena cabut 9 gigi errkkk.....

Petang tu doc check skali lagi, sib baik masa Aiman minum air tu dia tak muntah. Kalo muntah mmg dia kena tahan. Dia dh ok. Petang tu  kul 5pm baru leh balik.

Bila balik, aku pula yg sedih sbb terpaksa tinggalkan Aiman pada asben & mil. Dorang dok Kg baru la. Malam tu juga en asben hantar aku kursus kat Morib, 3 hari pula tu. Aiman monyok jer, dia tanya naper mama kat situ, naper aiman x leh ikut mama...errmmm


Esoknya aku call mill tanya perkembangan Aiman. Sib baik Aiman ok jer, sib baik x der demam @ bengkak. Alhamdulillah. Dia sembang2 ngan aku pon dh ok....legaaa..Baru la tenang hati nak berkursus



10 comments:

mamyharraz said...

sedihnya tgk aiman..tp syukur semua berjalan lancar.
kalau sy kt tempat sya pun mesti risau melampau..kalau dah nama opret mmg seriau.

semoga lepas ni aiman sihat2 je tau.sayang aiman.

Puteri Satu said...

memang susah hati la bila anak2 tak sihat ni.... ini pulak nak kena operate walupun gigi...

Qhaifa Nur said...

5 batang sekali cabut...
nasib baik dibius...
lega semua dah selamat, baru lega nak kursus....

~~*Lady Salwa*~~ said...

memang kesian bila anak mintak makanan or minuman, tapi tak leh nak bagi... kesian sebab takut diaorang lapar....

Alhamdulillah dah selamat semua ye...

-Sara- said...

alahaii sedih lak tgk aiman cmtu..xpe yg penting gg yg sakit tu dh cabot..pasni kena rajin gosok gg tau :)

Salmiza said...

aduiii ksiannya tgk aiman...mesti sakit tu...

syariza09 said...

Mamyharazz
aar mmg seriau

Puteri satu
tu laaa...mmg susah hati sgt2


~~*Lady Salwa*~~
tu laa...cara dia sebut nk susu tu pon dh kesian


Sara
baik aunty

ieda said...

aduh dikk sampai kena operate yee .. huhuhu seriau akak membacanya ..

syukur lah semua dah selamat , 1st time akak dgr kena cabut sampai 5 btg gigi nie ...

MrS. F!zA said...

byknya smpi 5 batang.. tak pernah rasa lg dipaksa cabut gigi..kompom lg sakit dr ggi tcabut sdri.

Fieza79 said...

kesian nya smpai 5 btg kena cabut..aduhh nsb baik pengsan..lau tidak..mau kita yg pengsan tgk anak menjerit kesakitan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails