~ CliCk mY HeArT ~

Tuesday, July 3, 2012

Menitis air mata

Entri ni agak panjang, maaflah. 
Tiada paksaan untuk baca n3 yg panjang ini
Ku abadikan kisah ini dlm blog sebab aku sayangkan insan yg ku anggap seperti keluarga sendiri, antara kami hanya ada kisah2 manis.

Sapa yang tak menitis kalau lihat org yang dulunya sihat walafiat & ceria tapi kini terlantar tak terdaya.
Jumaat lepas kan ker aku blk kg nk lawat sedara.
Biarlah aku citer serba sedikit kisah Kak Gayah yang aku anggap mcm keluarga aku sendiri.

Yg tudung kuning tu la kak Gayah, pic ni rasanya amik 2thn lalu. Kak Gayah ni bukannya sedara kami pon, tapi masa my parents duduk alor setar, kami berjiran. Dia banyak bantu keluarga kami. Adik bongsu aku (free hair) dia la yg jaga masa dulu2. Masa tu kami dh duduk kat Perlis, masa adik aku masih baby, dia la yg dok jaga. Kak Gayah dh umur 54thn dan masih belum berkahwin. Dia ni sangat2pemalu mungkin dia rasa rendah diri dgn keadaan dia yg agak gemuk. Setiap tahun dia akan datang beraya kat rumah kami, kalo dia tgk kami ramai tetamu dia sanggup duduk bertapa dlm bilik. Masa kenduri adik lelaki aku dulu pon mcm tu juga. Dia tak keluar bilik pun, jadi kami amanahkan dia untuk jaga duit2 kenduri. Slalu gak dia bg kerongsang ke, brg2 lain ke kalo aku balik kg. Aku pon kalo jumpa dia, mesti bagi something tanda ingatan aku kat dia. Hubungan kami sekeluarga mmg rapat & tak kekok untuk kami anggap dia famili sendiri.


Tapi itu dulu, bila dapat berita dia dapat kanser, aku dh tak keruan..rasanya dia dapat tahu pon dh lambat. Dia dapat tahu masa operate fibroid. Doktor sahkan dia mengidap kanser rahim...subhanaallah.
Gambar ni mak yg mms. Masa ni aku lom gi tgk lagi, dia masih ok. Berat badan pon dh turun.




Sekarang ni kanser tu dah merebak. Mata dia dah tutup sebelah. Dah 2x buat laser utk bukakan mata, tapi tetap tak berjaya. Dia pon dah tak boleh berjalan, kaki dah lembut.


Masa aku tgk dia kat wad kecemasan, mmg aku tak cam dia. Puas juga la tercari2 yg mana satu Kak Gayah. Nasib baik sblm tu mak ada antar mms rupa Kak Gayah masa sakit ari tu..
Masyaallah mmg dah lain sgt rupa kak Gayah, Rambut pon dah tak der, luruh sbb kemoterapi. Badan dia pon dah susut..Bayangkan badan yg besar sebelum ni turun kepada 53kg. Aku pon berat lg daripada tu. menurut adik dia, kanser tu akan merebak ke kepala pula..subhanallah...


Dia pon tak berapa cam ngan aku, mungkin sbb tgk ngan mata sebelah jer..Bila aku berulang sebut nama aku  & ingatkan  dia pasal aku, baru lah dia cam & mengalir air mata. Dia nangis, aku pon turut nangis. Aku minta dia bertenang, smua ni dh ketentuan Ilahi. Aku cuba gak utk tenangkan diri, aku tak moh nangis2 dpn dia, nanti dia lagi sebak. Agak lama gak aku disisi kak gayah, sempat tgk nurse amik darah. Dah banyak tempat nurse tu cucuk tapi darah tak keluar. Kak Gayah pon aku tgk dia dah tak der perasaan masa nurse cucuk2 tu, mungkin dh tak rasa sakit cucuk, dh lali agaknya. Akhirnya dh banyak tempat dicucuk keluar gak darah  tu.
Bila dh lama tu aku minta diri utk balik, berat sangat hati nak tinggalkan Kak Gayah. Bila dengar dia minta maaf, lagi la hati aku sebak. Aku cakapkan pada dia, Kak Gayah tak dak salah apa2 pun, kami smua sayangkan Kak Gayah.





glitter-graphics.com Aku hanya mampu doakan yg terbaik untuk kak Gayah.

6 comments:

Unknown said...

sedih nye baca entry ni..moga kak gayah tabah kan kak..dugaan dia berat, Allah sayangkan orang yg sabar..

mamyharraz said...

sedih :(

semoga Allah sentiasa lindungi kak gayah,dan kurangkan penderitaan yg kak gayah tangungi skrg..

kita hanya mampu berdoa utk dia..

Unknown said...

Sga K.gayah cepat sembuh...sedih sgt bc cerita Sya ni..

-Sara- said...

sayuu je baca entry nii..pe pon didoakan kak gayah kembali sihat seadanya..teruskan berdoa utk beliau..insyaAllah..

syariza09 said...

Terima kasih atas doa kawan2 smua..luv uolsss :)

Mama Gee said...

aI tak pandai nk berhadapan dgn org yg sakit...seriuss..mulut akan rs kelu...kalo org yg disayang..air mata tu mmg laju je nk keluar...tp tahan..sampai sakit2 kt tekak..

Semoga kak gayah tabah menghadapi ujian Allah..dan semoga Allah ringankan sedikit beban kesakitan beliau...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails