Lampin berbau paksa pesawat lewat berlepas
2012/02/05
DARWIN: Lampin pakai buang dalam sebuah tandas menjadi punca sebuah
pesawat penumpang gagal meneruskan penerbangan mengikut jadual dari ibu
negara Australia, Darwin ke Brisbane.
Pesawat Qantas 825 terpaksa mendarat di Mount Isa beberapa hari lalu selepas penumpang dan kru mengadu bau pelik merebak di bahagian hadapan kabin.
“Prosedur memaksa untuk mendarat secepat mungkin amat memalukan
kepada kita semua di Qantas tetapi lebih baik selamat daripada meminta
maaf.”
Jurucakap Qantas, Lauren Blank tidak dapat mengesahkan atau menafikan dakwaan berkenaan.
Dalam satu kenyataan beliau hanya memberitahu, ‘satu bau’ dikesan.
Lebih 160 penumpang berada dalam pesawat Boeing 767 apabila penerbangannya ditangguhkan kira-kira sejam selepas terpaksa mendarat di Mount Isa.
Dengan tiada tangga di lapangan terbang terbabit untuk memindahkan penumpang dari pesawat, trak ‘cherry picker’ terpaksa digunakan untuk membawa penumpang dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu.
Pesawat itu meneruskan penerbangan kira-kira jam 11.15 malam dan tiba di Brisbane pada jam 3 pagi keesokannya.

sumber:berita harian
tapi kan, kalo x buang kat toilet, takkan nk buka tingkap & buang dari atas kot...takpun, takkan nk bungkus & buang masa dh sampai kt airport....aissshh x paham aku
3 comments:
yer la...budak kalau dah yak...xkan kita nak biarkan terperap jer dlm pampers tue....berjam plak fligh nya...mana lg nak di buang klo bukan kt toilet yer x...
ekekekekek...bg je kat pramugari suh dorg bt apa yg patut...hahaha
itu lah...camne nak buang eh...kalau bukan tong sampah..kat mana lagi...dah nama nya tuk sampah yer dak
Post a Comment