~ CliCk mY HeArT ~

Friday, November 4, 2011

Nak buat kek raya tak??

Tak der idea nk buat kek utk raya??? Meh sini nk bagi idea.
Igt tak ngan n3 INI...sebelum ni mmg dah berjanji kannn..so ari ni mau tunaikan. Mungkin ada yg dah dapat resipi ni kat mana2...rasanya smua resipi sama jer, cuma kalao ada step, menda yg susah akan jd lbh mudah. 


Ari tu masa jamuan perpisahan utk diri sendiri kt opis ni, ada gak ler aku buat kek ni. Bagi aku yg x terer masak ni, kek ni agak susah nak buatnya, coz byk step yg kena ikut...tapi tu la, susah2pun ada keinginan juga nak buat..try & error.


Kek yg buat ni pun, masih lom perfect, idak ler secantik mereka2 yg pro.


Apa pun pastikan ada dua loyang yg berlainan saiz yer..penting sangat!


Jom tgk resipi.
Resipi di ambil di Masam Manis...
Suka baca blog akk ni coz dia mmg akan ajar step by step. Jadinya menda yg susah akan jadi mudah ngan step yg akk ni ajar...Alhamdulillah...Besar ganjaran akk ni, berkongsi ilmu ^_^



krg cantik, bila tgn x pro yg buat, camni la jadinya.
sepatutnya karamel licin jer
jgn bandingkan kek aku ngan kek mereka yg pro yer...sentap tau :p


Kek Puding Karamel

Gula Hangus 

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc. 
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan 




Bahan Karemel
1/2 tin susu cair 
70g gula castor - saya kurangkan lagi 
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )




Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.




Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.


Merinque  
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.


bawa sebekas ke opis, comot jer


Tips Penting:

~Guna api bwh saja
~ Slps msk, biarkan kek dlm oven dan rengggang ngan sendirinya
~ terbalik & tuangkan, biar kek turun ngan sendirinya


Kalo nk tgk step by step secara bergambar sila terjah blog Masam Manis...Ada banyak lagi yg akk ni bagi tips & kek dia mmg sangat2 cantik...tringin nak jadi kek mcm tu :)

5 comments:

mamyharraz said...

bilalah kita boleh deting sambil mkn kek dan minum kopi kan sya ;) ehhh tp yg penting mahu mkn kek hasil air tangan awk :")

dari bacaan step tu mmg rumit jadi mmg awk hebat sbb berjaya hasilkan kek se comel itu :)

Qaseh Suhaida said...

hmm...nampak menarik mesti sedap

Azian Elias said...

kalau nak best lagi letakkan yg wwarna pink dgn yg ada flavor strawberry.. Best sangat. n wangiii..

Zana Nordin said...

wah...dah jadi ler tu
yg penting kaler dah ada..
and boleh makan
zana punya langsung..
buang dlm tong sampah jer lahhh...

takpe..next time nak cuba lagi

Ayen... said...

Oklaa tu x lawa xpe janji sodap....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails