~ CliCk mY HeArT ~

Friday, August 12, 2011

Daging dalam periuk tu kluar darah kerr

Takkkkk......
Bukan kuar darah laaa
Mcm biasa ptg2 ni kita main ketuk-ketuk fifi senduk

mcm biasa satu hari satu resipi ok...hehehe
bkn per, nak menyenangkan kawan2 yg tgh kekeringan idea 
Semalam try resipi baru .
...Daging Masak Merah Ala Thai..
ehh...dh try yer...x per kita bg oresipi kt org lain yg lom try pula ok

sumber: My Resipi

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari) ==x letak sbb x der
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
  • aku tambah bwg merah (optional)

Cara-cara

  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket



tu yg nampak berkerak periuk tu jgn ingat aku x basuh periuk lak.
Biasa la kalo rebus daging, akan kluar air2 rebus kaler itam.
rebus daging ni sbenarnya ada 2 cara.
Pertama - ptong daging nipis2 & rebus.
Kedua- Rebus daging seketul & dh empuk baru potong nipis2.
terpulang la nk try yg camner
oopppss..jgn lupa letak pewarna merah yer. 
Ala aku letak jer sirap ros cap Masjid tu (ni bukan kordial tau)
t



tadaaaa
Aku sengaja buat bagi berkuah sbb x nak rebut kuah ngan en asben. Nanti x cukup la.
Resipi ni mmg sedap sangattttt...Pasni x yah susah2 cari kat kedai Thai coz dah leh wat sendiri kt rumah.
Apa lagi...
Jom la buat


6 comments:

-Sara- said...

awk,mmg kene letak pewarna merah ke?

~izan~ said...

izan tak pernah buat resipi ni kak..menarik n nampak sedap.kena cuba nnt =)

thanks akak!~

mamyharraz said...

owhh baru tau patutlah kaler daging masak merah tu merah menyala..

bestlah awk ni hari2 share resepi mudah :D

Azian Elias said...

sedapnya.. mintak sikit..

.::Lynn::. said...

kena carik oewarna merah dulu...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

lepas ni boleh la cuba try test ye...tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails