~ CliCk mY HeArT ~

Monday, August 22, 2011

Belum raya, tapi kuih dh berulat???

Bukan kuih aku, aku lom terkena camni. 
Uols ada terkena ker????



Kuih tat keju blueberry berulat




Syarikat dari Shah Alam tak bekerjasama, tuduh pengguna reka cerita

KUALA LUMPUR: Dalam kesibukan umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri, ada syarikat mengambil kesempatan dengan menjual kuih raya yang sudah berulat walaupun tarikh luput dinyatakan hanya berakhir dalam tempoh sembilan bulan lagi. 

Ini terbukti apabila seorang kakitangan kerajaan yang membeli kuih raya keluaran syarikat dari Shah Alam yang dijual di sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn di sini, Ahad lalu mendapati ia sudah berulat.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Sham berkata, kuih tart keju blueberry itu dibeli dengan harga RM19 satu bekas dan hanya dimakannya dan suami pada keesokan.
“Sebaik masuk waktu berbuka puasa, saya terus mengambil kuih itu untuk dimakan bagaimanapun, belum habis sebiji kuih dinikmati, entah bagaimana saya ternampak beberapa ekor ulat di dalam kuih berkenaan,” katanya ketika ditemui Sentral. 

Terkejut dengan kejadian itu, beliau kemudian meneliti bekas kuih berkenaan dengan lebih teliti dan mendapati ada beberapa ekor ulat ‘bersembunyi’ di dalam kuih dihasilkan syarikat terbabit. 

“Apabila dilihat lebih dekat, saya mendapati ada beberapa kesan hitam di bahagian dalam bekas berkenaan, sama seperti kesan kotoran yang biasa ditinggalkan serangga seperti lipas,” katanya. 

Bagi mempertahankan hak beliau sebagai seorang pengguna, Sham kemudian mengadukan perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), sebelum diminta memaklumkan hal itu kepada syarikat pengeluar kuih berkenaan. 
Apa yang dikesalkan, kakitangan syarikat itu bukan saja tidak mahu memberi kerjasama sebaik dimaklumkan mengenai penemuan ulat di dalam kuih dibeli, malah menuduh beliau sengaja mereka-reka cerita untuk memburukkan jenama itu. 

“Sebagai pengguna, saya berasa begitu teraniaya. Meskipun kuih berkenaan hanya berharga RM19, tetapi syarikat itu sepatutnya mengambil tindakan lebih bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu ini termasuk memeriksa terlebih dulu sebarang aduan daripada pengguna,” katanya.




sumber: UTUSAN

OMG

11 comments:

mamyharraz said...

adoyaii mcm2 kan..

kadang nasib2 juga..tak semua jadi camni..

hyazz said...

teruk tol kan...hrm..pasni kena periksa dulu sebelum makan...banyak lak tu beli nye

-Sara- said...

kuang asam dorg ni kan!

Zana Adieyza said...

teruknya!!! saman jer syarikat tu.. tergamak buat macam tu kan..

syariza09 said...

mamyharraz

tu la...dh nasib org tu

syariza09 said...

hyazz

harap2 kuih kita x der ler ulat :P

syariza09 said...

-Sara-

depa kuang jaq

AzMaslenda said...

Hadoilah.. berulat ler pulak. Takut nak beli kat kedai punya.

Unknown said...

OMG! blh buat kes ni, xpun saman je syarikat tuh..

tu la org sllu ckp, org nk mniaga dia pun nk mniaga. tp hasilnyer hampeh!

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

huihsss..ni kes nanya ni....

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

alahai... sian pengguna ... terkena nih ..memang yg home made gak puas hati ... tp kena double2 rajin ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails