~ CliCk mY HeArT ~

Thursday, July 28, 2011

~ Maafkan mama ~

Ari ni mcm biasa, sblm wat keje lain godek2 FB, godek blog. Tetiba hati terpaut pada n3 ni
Tersentuh hati bila membacanya. Air mata bertakung, tp lom jatuh lagi la. Ya, aku alami masalah yg sama.






Sejak dua menjak ni aku cpt naik marah bila ank buat perangai. Yer lah, bila dilarang tak didengarnya, masih lagi buat perkara2 yg aku tak suka. Kita perempuan ni biasalah, sentiasa sibuk ngan keje2 rumah, tu nak buat ni nak buat. Tp masa tengah2 kalut tu la anak buat perangai, main tuang2 susu la, main bedak la, main ludah2 la, panjat kerusi, panjat meja, baling barang tu baling brg ni, kekadang tu sampai aku rasa tension sgt2 sampai menangis sbb buat keje yg sama berulang2 kali. Penatnya badan. bertambah penat bila en asben xder kat rumah masa dia wat prangai. Bila hilang sabar, suara aku kiranya mcm dh pakai speaker laa, tangan pon cepat jer  cubit @ babab. Tapi idak lerr tinggalkan kesan, cubit2 manja jer & kalo babab pon kat montot, kaki, tangan, org kata cukup la utk pengajaran.


Tapi tu lah, kekadang tu aku terlupa yg ank baru jer umur 3thn. Tu pon sorang jer. Budak yg masih lom tahu apa2. Bila keadaan tenang, trasa bersalah sgt pada anak. Info drp n3 blog Intanafis ni banyak membantu aku & ibu bapa di luar sana.

ni sedikit jer aku paparkan:

Kanak-kanak  dalam  lingkungan  umur  2-7  tahun  memang sering dilabelkan  lasak  kerana  ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga  didapati  ‘tidak  dengar  kata’.  Apa  yang  berlaku  ialah ketiadaan komunikasi  dua  hala  di  antara  ...ibu bapa dan anak. 

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian  kepada  suara  ibu bapa.  Sebaliknya  perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.   

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka  tidak  mempunyai  pengetahuan  (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja  belajar  bercakap,  oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah  sebenarnya  yang  dimahukan  oleh  anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit,  membaling  barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration  (kekecewaan) kerana  hajatnya  tidak  difahami  dan  dipenuhi. 

Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya. Justeru  itu  siapakah  yang  bersalah?  Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak  berusaha  untuk  memahami  kehendak  si anak.    



Nak tahu tips atasi masalah ni silalah ke blog Intanafis...tips ni lah yg hampir membuatkan aku menangis


~Maafkan mama...anakku~

10 comments:

intan morsalin said...

mek pun jadi sebak baca luaha ati mama syariza....

situasi ptg semlm mmg mencabar kesabaran sya......anak2 wat perangai time hubby xde...pkul 10 mlm tu sya mmg dah melepek giler...hubby balik je sya serah anak2 kat dia n sya rehat...hahaha...penatnya jadi pompuan ni

AzMaslenda said...

Anak2 ni dia dengar cakap bila kita cakap baik2 dengan dia, dengan intonasi lembut, dengan gurauan atau cuitan manja, geletek sikit, cium sikit... kompom dia ikut arahan kita.

Kalau kita meninggi suara, kekadang dia buat tak tau jek. Besok lusa dia pulak akan pandai meninggikan suara. Tu betul2 tiru gaya kita.

sW33tdARLiNG said...

tu laa.. mmg kita cepat marah bila anak2 tak dgr kata.. kadang2 guna kekerasan, bkn rotan dia tp rotan dinding, asalkan bunyi berdentum supaya dorang takut....

badan dh penat, hati pun geram.. mmg takleh nak kawal...

tp kalau nak ajar cara berlembut, mcm tak jadi jer... kan kan kan?

hyazz said...

ha a la...selalu la memarah bebudak ber2 tuh.. kena kurang kan sikit nih... sian dia

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

ok sama2 kita betul kan kesilapan itu...belajar dari kesalahan ye adik2..kata org aku pun sama lah...

-Sara- said...

sara pn cpt naik angin gak esp. bila die menangis tak tentu psl..tanya apa pon serba tak kena..

gd entry :)

~izan~ said...

betul tu kak,kdg2 naik angin kak..izan sorg2 ni berbulan2 pg ptg siang mlm dgn dua org yg tgh lasak tanpa si ayah ni mmg kdg2 hilang sabar..tp bila baca tips tu rasa nyesal jugak..harap nyesal selamanya huhu...

sama2 kita ansur2 buat n ikut semua tu kan kak.. =)

kurus said...

huhuhu bila baca mcm kesiannn je bila marah2 kat anak ekekek :) tapi tulah kena ambil perhatian pada mereka .. kdg2tu kita leka kan :))

mamyharraz said...

maafkan mamy harraz.. :(

ohh sgt tersentuh sbb sy selalu naik angin dgn harraz~terlupa dia baru 3 tahun..hmmm

Unknown said...

N3 btl2 menginsafkan....huhu

sy sllu gak naik angin dgn anak2 sampai kdg2 tu sy pukul mereka, kesabaran ni tcabar dgn kenakalan mereka, hrp pasni sy dpt control...btl anak2 xtau apa2 kita yg kn fahami mereka...ermmm xterkata apa dah...huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails