Tersentuh hati bila membacanya. Air mata bertakung, tp lom jatuh lagi la. Ya, aku alami masalah yg sama.
Sejak dua menjak ni aku cpt naik marah bila ank buat perangai. Yer lah, bila dilarang tak didengarnya, masih lagi buat perkara2 yg aku tak suka. Kita perempuan ni biasalah, sentiasa sibuk ngan keje2 rumah, tu nak buat ni nak buat. Tp masa tengah2 kalut tu la anak buat perangai, main tuang2 susu la, main bedak la, main ludah2 la, panjat kerusi, panjat meja, baling barang tu baling brg ni, kekadang tu sampai aku rasa tension sgt2 sampai menangis sbb buat keje yg sama berulang2 kali. Penatnya badan. bertambah penat bila en asben xder kat rumah masa dia wat prangai. Bila hilang sabar, suara aku kiranya mcm dh pakai speaker laa, tangan pon cepat jer cubit @ babab. Tapi idak lerr tinggalkan kesan, cubit2 manja jer & kalo babab pon kat montot, kaki, tangan, org kata cukup la utk pengajaran.
Tapi tu lah, kekadang tu aku terlupa yg ank baru jer umur 3thn. Tu pon sorang jer. Budak yg masih lom tahu apa2. Bila keadaan tenang, trasa bersalah sgt pada anak. Info drp n3 blog Intanafis ni banyak membantu aku & ibu bapa di luar sana.
ni sedikit jer aku paparkan:
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ...ibu bapa dan anak.
Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi.
Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
Nak tahu tips atasi masalah ni silalah ke blog Intanafis...tips ni lah yg hampir membuatkan aku menangis
~Maafkan mama...anakku~
10 comments:
mek pun jadi sebak baca luaha ati mama syariza....
situasi ptg semlm mmg mencabar kesabaran sya......anak2 wat perangai time hubby xde...pkul 10 mlm tu sya mmg dah melepek giler...hubby balik je sya serah anak2 kat dia n sya rehat...hahaha...penatnya jadi pompuan ni
Anak2 ni dia dengar cakap bila kita cakap baik2 dengan dia, dengan intonasi lembut, dengan gurauan atau cuitan manja, geletek sikit, cium sikit... kompom dia ikut arahan kita.
Kalau kita meninggi suara, kekadang dia buat tak tau jek. Besok lusa dia pulak akan pandai meninggikan suara. Tu betul2 tiru gaya kita.
tu laa.. mmg kita cepat marah bila anak2 tak dgr kata.. kadang2 guna kekerasan, bkn rotan dia tp rotan dinding, asalkan bunyi berdentum supaya dorang takut....
badan dh penat, hati pun geram.. mmg takleh nak kawal...
tp kalau nak ajar cara berlembut, mcm tak jadi jer... kan kan kan?
ha a la...selalu la memarah bebudak ber2 tuh.. kena kurang kan sikit nih... sian dia
ok sama2 kita betul kan kesilapan itu...belajar dari kesalahan ye adik2..kata org aku pun sama lah...
sara pn cpt naik angin gak esp. bila die menangis tak tentu psl..tanya apa pon serba tak kena..
gd entry :)
betul tu kak,kdg2 naik angin kak..izan sorg2 ni berbulan2 pg ptg siang mlm dgn dua org yg tgh lasak tanpa si ayah ni mmg kdg2 hilang sabar..tp bila baca tips tu rasa nyesal jugak..harap nyesal selamanya huhu...
sama2 kita ansur2 buat n ikut semua tu kan kak.. =)
huhuhu bila baca mcm kesiannn je bila marah2 kat anak ekekek :) tapi tulah kena ambil perhatian pada mereka .. kdg2tu kita leka kan :))
maafkan mamy harraz.. :(
ohh sgt tersentuh sbb sy selalu naik angin dgn harraz~terlupa dia baru 3 tahun..hmmm
N3 btl2 menginsafkan....huhu
sy sllu gak naik angin dgn anak2 sampai kdg2 tu sy pukul mereka, kesabaran ni tcabar dgn kenakalan mereka, hrp pasni sy dpt control...btl anak2 xtau apa2 kita yg kn fahami mereka...ermmm xterkata apa dah...huhu
Post a Comment