~ CliCk mY HeArT ~

Monday, April 18, 2011

Takkan setakat print & simpan jer

Ni penangan Jumaat lepas la. Rehatkan panjang, mula la godek blog sana sini. Tup tup terbuka blog masakan. Banyak la yg tergoda. Dalam banyak2 print tu, cuba la satu resipi dulu.

Main kaler2 la pulok

dilapis ngan serbuk koko

panas2 dh potong, tak tahan ngan bau yg menyeksa idong =)

dh siap potong2, senang en asben nak makan
rasanya dah jadi, cuma corak jer lain macam sikit
sepatutnya jadi 3 layer, tp dh bercampur mcm tsunami...hehehe


Resipi dari Teratak Impian


KEK ALUNAN KASIH

Bahan:
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga) - akak guna esen oren
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.


Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
Pengalaman sendiri :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.



mood untuk main bakor2, bkn bakor rumah tapi bakor kek, cheese tart =)


14 comments:

Che Mid said...

seronoklah en asben makan, makin beralun-alun kasihnya pada si tukang bakar kek tu hendaknya..

mamyharraz said...

hakhakk sib baik bukan bakooo rmh =P

oklah tu mcm tsunami pun tetap comel kek tu..yg penting sedap ;)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

nampak mcm sedap ja...biaq tsunami melanda janji perut kenyang kan...

syariza09 said...

Che Mid

hahaha...harap2nya mcm tu la kak

syariza09 said...

mamyharraz

ni tsunami versi comel...ahakkss

syariza09 said...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™

kenyang samapai x larat bangun...hehehe

~izan~ said...

akak,izan ingat kek lapis sarawak.. cantik la..nampak sedap..akak,tempah bley? hehe

Unknown said...

kaler maler..cantek weh!

nti nk try la, bahan2 pn senang je tu..hehe

-Sara- said...

aah la, ingatkan kek lapis srwak tadi..hehe..oklah tuu kalo lembut..kire jadila tu drp sara ni..2x buat apam..tp keras kemain! tobat dh xnak buat! :D

Miss b said...

oloh

comel gila lah kek tu!

x pandai la nak wat kek lapis camni.

syariza09 said...

~izan~

kalo izan buat mesti lg best..hehe

syariza09 said...

~Siti Hajar~

try ler, mesti budak2 suka

syariza09 said...

-Sara-

apam tu mmg susah sikit, kena buat banyak kali. try la buat kek ni

syariza09 said...

Miss b

suruh jer omak buatkan :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails