~ CliCk mY HeArT ~

Wednesday, March 9, 2011

Ingat baju jer batik, bra pun batik juga tau

isshhhh....isshhh...apa la nk jadi ngan haku nie.
Dah la pagi tadi citer pasal ais krim susu ibu,
petang2 sejuk ni citer pasai bra la pulokkkkkk

Korang tau ker sekarang ni dah ada bra corak batik. Cantik woo, pilih jer nak abstrak ker, bunger2 ker, pilih2.
Kalu nak yg mahai la, beli la bra yg guna fabrik kain batik, bila pakai mesti korang rasa kelassss gitu :)

ni corak batik merah
atas bawah berbatik

ni pula corak wayang kulit
hik...hik..tringat pula wayang kulit pak dogol


amik ko
pilih jer nk yang mana
macam2 corak  ada


Info ni dapat masa aku rajin mentelaah paper.
Ni ada sikit info pasai bra



Warna pakaian dalam dan anda

Hitam dan merah:
Mewakili keunggulan, kesungguhan dan kehangatan diri.



Hitam dan kuning:
Membawa erti ‘perasaan panas’ dan ‘suasana hangat’ atau petanda ‘berbahaya’.




Merah jambu:
Mewakili sifat feminin dan diri wanita yang sopan. Ia juga melambangkan daya kekuatan cukup bertenaga untuk menarik perhatian dalam kelembutan.


Putih:
Menggambarkan kesucian serta nilai ringkas dalam diri wanita berkenaan selain mewakili sikap jujur dan tulus. Ia membantu menyejukkan minda, jiwa dan perasaan.




* naper x der info pasal biru, bra aku banyak biru tau......opppsss, pecah rahsia




Tip memilih baju dalam sesuai

* Tali bahu mestilah cukup besar untuk menampung dan menyokong payudara iaitu sekurang-kurangnya 19 milimeter (mm) lebar bagi mereka yang bertubuh besar dan payudara besar. Bagi yg bertubuh besar tetapi mempunyai payudara kecil atau sederhana, pilihlah tali bahu antara 13 mm hingga 16 mm.


* Mangkuk atau acuan baju dalam yang paling sesuai untuk mereka yang bertubuh besar dan memiliki payudara besar sewajarnya memberi liputan sepenuhnya. Ia memastikan payudara kemas dan tidak terbuai apabila bergerak atau berjalan.




* Bagi wanita yang bertubuh besar dan mempunyai payudara sederhana, disarankan memilih mangkuk penuh. Mangkuk tiga suku juga boleh dikenakan tetapi pilih saiz baju dalam yang besar.


* Sayap belakang juga mestilah cukup lebar supaya tisu pada bahagian belakang tidak membojol dan berat payudara dapat diseimbangkan dan menghasilkan garis ukur lilit yang selari antara bahagian depan dan belakang baju dalam. Ini turut membantu memperbaiki postur tubuh.



sumber: berita harian




Sajer nk bagi info,
kot2 la pasni korang nak p cari coli batik pulok!

17 comments:

~izan~ said...

akak,kan ada yg kena pakai baju batik setiap khamis tu kan kalau keje gomen kan,kira pasni yg pompuan,belah dlm pun kena batik la hehehe

mamyharraz said...

wahh citer hot2 je tauu

hee nape kaler cekelat takde info hee sbb mamy banyak kaler cekelat ^___^

ummi nia said...

jom join contest


http://umminia.blogspot.com/2011/03/contest-pertama-utk-belog-ummi.html

Fieza79 said...

wahh nk cari gak bra batik gk la...lawo pulak...mana ada jual ehh...hehe tk pnh jumpa lg mcm tu

Myra Jay said...

Bra pun ada batik gak ye..
Tak penah nampak kat pasaran lg..hehee
Mesti mahal kan:)

sekadar satu coretan said...

seksi la mcm tu ye...
kak ain nak warne merah la...

asyik warna hitam gan coklat jer..

Azian Elias said...

Akak tak sanggup lah..HITAM lagi lah akak tak sanggup..

Che Mid said...

salam singgah... cantik bra tu.. nanti kita carik sama-sama nak!

syariza09 said...

izan

hohoho.....idea yg bagusssss

syariza09 said...

mamyharraz

ok, i dh tau rahsia U *___*

syariza09 said...

ummi nia

insyaallah, nanti sy ke sana ok

syariza09 said...

Fieza79

wahhhh, kelasssss gitu

syariza09 said...

Myra Jay

sedangkan baju batik pon dh mahal, ini pula bra..hehehe

syariza09 said...

ainnoraini

skali skala kena tuka kalerkann

syariza09 said...

Yan

hitam itu panasss & hangatttt

syariza09 said...

Che Mid

okess, nk cari corak wayang kulit la pulokk

Aleyn said...

Mesti rasa seksi sekali gus patriotik biler pakai...ekekeke

Ps : Cam biasa, I dah klik u nyer Nuff n HB, jom klik2 kay

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails