Skali baca rasa terkezutt & terkedu. Dua kali baca, rasa mcm biasa. Sbb per, sebab smua ni bknnya akan berlaku di Malaysia tapi nun jauh di sana.....
sumber: Berita harian
Firma guna gambar William, Kate pada pek
LONDON: Sebuah syarikat mengambil kesempatan terhadap sambutan perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton, April ini dengan mengeluarkan kondom cenderahati.
Syarikat Crown Jewels Condoms of Distinction mengeluarkan pek sambutan khas yang memaparkan slogan: ‘Umpama perkahwinan diraja... satu peristiwa tidak dapat dilupakan.’
Beberapa pihak mengecam tindakan syarikat itu atas alasan ia tidak bersesuaian dengan acara yang dinanti-nantikan rakyat Britain itu.
William yang juga juruterbang helikopter tentera dan pewaris kedua takhta akan berkahwin dengan Middleton, kekasihnya ketika di universiti pada 29 April ini di Westminster Abbey.
Semua cenderahati tidak rasmi yang sudah dijangka seperti tuala minum teh, set pinggan mangkuk dan poskad dihasilkan dengan segera oleh pengeluar dan kondom kini termasuk dalam senarai baru.
Seorang jurucakap Crown Jewels Condoms of Distinction, Hugh Pomfret, menegaskan ia adalah ‘satu cara unik untuk mengingati acara besar Britain.’
“Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, ia akan menjadi momento abadi satu perkahwinan bersejarah.
“Didatangkan dalam warna ungu dan emas, setiap pek memaparkan gambar pasangan itu saling merenung mata satu sama lain, menyatakan ia mengandungi tiga ejen pencegahan, iaitu pelincir berlebihan dan penyokong menakjubkan.
“Satu lukisan pasangan seperti mana yang mungkin kelihatan pada hari perkahwinan juga tertera pada pek berkenaan.”
Persamaan wajah tidak begitu ketara, namun gaya dan pakaian kelihatan digayakan pada gambar rasmi pertunangan. – Agensi
6 comments:
kalau kita kat sini buat mcm tu,mau makcik yg dok marhaban tu pengsan bila bukak goodies bag hehehe
~izan~
pengsan + histeria...jenuh nk berubat ^-^
pelik2lah depa ni...
jgn ada org sini yg terikut sudahh =P mau ramai yg kena pegi "berubat" kan syariza haha
mamyharraz
agak2 ada mau ikut kaa
hish...mcm2 la lepa ni...
mcm2 kan diorg nih? huhu...
Post a Comment