~ CliCk mY HeArT ~

Wednesday, September 17, 2014

Cream puff di Hari Malaysia


Semalam cuti Hari Malaysia kan..
Merajinkan diri buat cream puff
Dah lama tak buat...terketar2 tangan nk memutarnya ...hihihi
Letak lam bekas ni & bawa sikit ke rumah kakak ipar
Ada gak bawa ke opis ari ni utk kawan-kawan


Resipi amik kat sini yer Blog Masam Manis . Saya memang suka follow blog kak ita masam manis sbbnya dia cukup membantu kita2 yang tak berapa nak pandai masak ni, Setiap resipi cukup lengkap ngan gambar step by step...silalah cuba yaa

CREAM PUFF
by : Yani

100ml air 
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter 
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
Tepung gandum di ayak 

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.


  • Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  • Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  • Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag.
    Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
    Pipe kan ke atas dulang
    Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
    Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. 
    Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.


  • CREAM CUSTARD
    by : Honey

    1 sudu besar tepung
    1 sudu besar tepung jagung
    4 sudu besar gula
    200ml (1 cup) susu segar
    1 biji telur (L size)
    1 sudu besar mentega
    1 sudu teh esen vanila - ita tambah
    sedikit pewarna kuning - ita tambah

    Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
    Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
    Masukkan telur dan kacau lagi. 
    Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
    Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
    Masak sehingga pekat. 
    Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
    Ulang sehingga pekat.
    Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

    Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
    Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin. 
  • 5 comments:

    eima said...

    sedapnye ... nanti nk amik resepi ni

    syariza09 said...

    amik la...best puff ni

    ayu Ismail said...

    Sedapnya...akak suka makan tp x pandai nak buat

    LYAfrina said...

    sedapnya...

    Myra Jay said...

    Sedapnya...
    Tapi nak buat sendiri macam malas je :D

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails