~ CliCk mY HeArT ~

Friday, October 21, 2011

Giuliana Rancic mengidap kanser payudara


Kenal???
Tak kenal, x per. 
Dia pengacara E! News. Aku kenal pun sbb dulu2 kalau ada masa free mlm2 tu, tangan rajin sgt klik channel 711, 712. 

Pastu melekat pula ngan kisah dia dan suami yg gigih nak dapatkan baby, mcm2 yg dia buat.
Now, tak sangka dalam masa dia cuba utk dptkan baby, doc sahkan dia mengidap kanser payudara. Mesti mcm2 rasa ada kan, mana nk pikir pasal baby, psl penyakit merbahaya ni...
Nak tahu lbh lanjut baca jer citer kat bawah ni.
Kredit to Yahoo! News




Giuliana Rancic tabah hadapi kanser




Jika sebelum ini kita menyaksikan bagaimana sukarnya untuk mereka mendapatkan anak sendiri melalui rancangan televisyen realiti "Giuliana & Bill", kini pasangan Rancic, Giuliana dan Bill terpaksa berhadapan dengan satu lagi rintangan apabila Giuliana disahkan menghidap kanser payudara.
Dipetik daripada laporan "E!", berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Giuliana melalui satu temubual ketika rancangan "Today" mengatakan dia mengetahui tentang perkara tersebut ketika dalam persediaan untuk rawatan IVF.
"Dalam usaha saya untuk mengandung menerusi rawatan IVF, kami mendapat tahu bahawa saya menghidap kanser payudara peringkat awal," katanya yang mengakui terkejut dengan berita tersebut kerana tiada sejarah keluarganya mempunyai penyakit itu.
Giuliana, 36, turut memberitahu dia dipaksa melakukan mamogram oleh doktornya sebelum memulakan rawatan ketiga mereka bagi memastikan tiada sel kanser sebelum cuba untuk mengandung sekali lagi.
Mendapat sokongan sepenuhnya daripada Bill, 40, Giuliana bakal melalui satu pembedahan minggu ini diikuti dengan enam minggu rawatan radiasi. Giuliana juga masih ingin meneruskan usahanya untuk mendapatkan anak sendiri selepas selesai rawatan tersebut.
"Saya tidak akan mengalah. Saya inginkan anak sendiri. Apa yang menakjubkan adalah anak itu juga yang telah menyelamatkan diri saya," katanya.
Pengacara "E! News" dan "Fashion Police" ini turut memberitahu teman baik dan pengacara bersama, Ryan Seacrest bahawa dia berasa lega mengumumkan berita tersebut kepada orang ramai kerana ingin menjadi inspirasi dan pengajaran kepada wanita di luar sana supaya mengadakan pemeriksaan yang kerap.
"Saya merasakan satu beban berat telah diangkat daripada bahu saya. Saya sudah menyimpan rahsia ini buat seketika daripada pengetahuan rakan-rakan dan ianya sangat melegakan kerana tidak perlu bersembunyi lagi,
"Saya mula sedar saya boleh menjadi contoh kepada wanita supaya mengambil tahu tentang kanser payudara, malah mengambil langkah sepatutnya untuk tahu lebih awal.
"Jadi inilah situasi saya. Saya akan selamat. Saya akan jadi lebih baik. Saya tidak akan putus asa kerana saya mengetahuinya lebih awal," kata Giuliana lagi.

5 comments:

Qhaifa Nur said...

penyakit yang paling ditakuti kaum hawa..

Maya Mayana said...

penyakit ni tk kenal sesiapa

moga dijauhkan pnykit berbahaya ni..Amin

roti mc gyver la pulak kan? hehe

~izan~ said...

sesungguhnya ku tak kenal ekeke...ni la baru nk kenal..kalau tak mmg tak tahu.nama dia pun tak berapa reti nk sebut...tp kesiannya.. mintak kita dijauhkan sakit mcm ni..takot!

mamyharraz said...

alahai kesiannya dia..

moga tabah hadapi hari2 mendatang..

-Sara- said...

kenal sgt2..n sara pon suke tgk ranc reality dorg tu..asben die caring giler kan.. mmg kesian sgt2..nk dptkn anak sket pnye payah..ni dpt tau die ade breast cancer lak..isshh hop die kuatlaa..

p/s : congrats ats kenaikn pangkat tu n selamat bertravel dr ptrjaya ke kl ye..hikk :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails