~ CliCk mY HeArT ~

Monday, April 25, 2011

Jom gelak samer-samer

Baru jer jap tadi baca paper.
Dah baca, tergelak sorang2 pula tu.
Kalau ada org yg lalu lalang, mesti heran naper la aku gelak sorang2
Yg pasti aku lom gilak
Nak tau sbb per????
Cer tgk bawah nie



uols nampak tak, apa yg aku nampak?
haisssshhhh....bkn pic yg dh blur tu
tajuk citer ni la

POCONG MANDI GOYANG PINGGUL

hahahahaha
ada yg gelak ker? ker aku sorang yg gelak...


aku tgh bayangkan camner la aksi pocong tu...kikikiki

nak baca citer slanjutnya
kt bwh ni yer

Bintang filem lucah laris di Indonesia

2011/04/25

Sasha Grey pelakon terbaru dipilih beraksi dalam 'Pocong Mandi Goyang Pinggul'

JAKARTA: Penggunaan bintang filem lucah meningkat di Indonesia dengan kemunculan Sasha Grey dalam Pocong Mandi Goyang Pinggul terbitan syarikat produksi K2K yang akan mula ditayangkan di pawagam negara itu mulai 28 April ini.

Ia strategi pemasaran menarik bagi penerbit filem negara itu menarik minat penonton tempatan dengan kehadiran bintang porno luar negara.

Grey dijadual tiba di ibu negara Indonesia pada hari filem itu mula ditayangkan, lapor media Indonesia, kelmarin.

Sebelum ini, pelakon porno lain yang menunjukkan bakat mereka tanpa berbogel dalam filem negara Asia Tenggara itu termasuk ratu industri lucah Amerika Syarikat, Tera Patrick; bintang dari Jepun, Maria Ozama atau lebih terkenal dengan panggilan Miyabi; Rin Sakuragi dan Sora Aoi yang membintangi kisah seram Suster Keramas 2.

Produser filem Pocong Mandi Goyang Pinggul, KK Dheraj mengesahkan Grey akan tiba pada hari filem itu mula ditayangkan dan akan berada di Indonesia selama lima hari.

“Ya, dia akan tiba. Dia akan dikawal enam pengawal peribadi,” kata Dheraj yang turut mendedahkan bahawa pihaknya akan meletakkan 50 lagi pengawal bagi menjaga keselamatan Grey.

“Adalah dipercayai filem seram dan bentuk filem lain mendapat sambutan dengan kehadiran pelakon porno luar negara itu,” kata laman web akhbar Indonesia.

Indonesia dianggap bersikap sederhana dari segi peraturan bagi penduduknya yang beragama Islam di negara paling ramai Muslim di dunia itu. Tetapi, sejak beberapa tahun lalu, keadaan itu semakin berubah.

Sebuah kumpulan konservatif, Barisan Pertahanan Islam (FPI) yang mendakwa mempunyai 15 juta ahli, secara terbuka tidak setuju dengan kehadiran Grey di Indonesia.

FPI bersumpah untuk menghapuskan sebarang bentuk ‘dosa’ di Indonesia. Pendiriannya diperkuatkan dengan langkah pihak berkuasa meluluskan undang-undang antiporno pada 2008.

Tahun lalu, pemimpin pergerakan itu, Sahab Anggawi, menyuarakan pendirian itu kepada Miyabi dalam satu sesi rundingan. – Agensi


10 comments:

~izan~ said...

kak,nampak ke pinggulnyer ek? hehehe

sekadar satu coretan said...

pocong mandi goyang pingul....
mcm lawak jer..
citer hantu ke ape ni...

p@kcikLie said...

tajuknya citer cm lawak je...lawok2...

Azian Elias said...

akak baca pagi tadi pun rasa macam nak gelakk..

indonesia ni mmg lah.. macam2

Fieza79 said...

hadoi..mcm2 tajuk bt gimik...hehe

sW33tdARLiNG said...

tak download tengok ke citer ni...? nanti nak try carik.. nak gelak jugak! hahahaha

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

pocong pun pandai goyang ye....vavavavava....

Unknown said...

tajuk tu mmg bikin org gelak, cerita lawak seram agaknya kan, msti dpt sambutan sbb pelakonnyer dot dot dot..hehe

nti nk cari kat youtube...xsabar..ekekekekek

ann @ hatiberbunga said...

cuba perati muka antu yg kuar kt frame gambar tu. muka gatal!
hahahaha..!!

munna said...

mmg gelak munna baca tajuk citer ni...x terbayang pocong mandi sambil goyang pinggul

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails