~ CliCk mY HeArT ~

Thursday, March 17, 2011

Hidung berdarah

 Pagi ni bangun pagi, aku tgk muka  Aiman comot. 

Baju pun comot.

Sah, hidung dia berdarah lagi. Ni kali ke2 hidung berdarah masa dia tengah tido. masa bangun tu darah dah berhenti & dah kering pon. 

Sejak Aiman umur setahun lebih hingga skrg ni dah 5-6 kali hidung dia berdarah.
Org tua2 kata panas dalam. Aku mmg tak pernah jadi mcm ni, masa mula2 tu mmg la panik, tapi en asben dah biasa sbb masa kecik dulu2 pun dia slalu jd camni. 

Ada juga info yg katakan kanak2 terlalu aktif juga boleh sebabkan hidung berdarah. Malam tadi sebelum Aiman tido, dia mmg aktif berlari & tendang bola. Betul la tu.

Ari ni aku cari info pasal hidung berdarah. Boleh juga dijadikan rujukan.

sumber: http://www.infosihat.gov.my

Pendarahan Hidung
Perdarahan hidung adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Ianya boleh berlaku secara spontan atau disebabkan trauma. Walau bagaimanapun, kebanyakan sebab-sebabnya tidak dapat dikenalpasti. Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah.

Apakah yang menyebabkan hidung berdarah?
Terdapat banyak sebab-sebab termasuk
  • Sejuk dan alahan
  • Jangkitan pada salur hidung (sinus)
  • Trauma, sebagai contoh, menghembus hidung terlalu kuat,memicit hidung,kecederaan pada bahagian dalam hidung,benda asing didalam hidung.
  • Dinding tengah hidung senget
  • Ketumbuhan di dalam hidung(contoh: polyps,tumor)
  • Penyakit lain yang berkaitan(contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik, trombosaitopenia (bilangan platlet yang rendah) dan penyakit darah contoh hemophilia.
  • Ubatan yang melambatkan pembekuan darah.
  • Tindakbalas bahan kimia.
Apakah tanda-tanda dan gejala?
  • Pendarahan satu atau kedua-dua lubang hidung.
  • Kerap menelan darah yang menyebabkan muntah yang mengandungi darah.
  • Merasa ada cecair dibelakang hidung dan tekak.
Apakah rawatan untuk hidung berdarah?
Langkah kecemasan:
  • Beri keselesaaan kepada kanak-kanak tersebut.
  • Dudukan dia didalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
  • Suruh kanak-kanak tersebut bernafas melalui mulut.
  • Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit.
  • Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
  • Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa samada pendarahan telah berhenti atau tidak.
  • Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor .
  • Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan kanak-kanak tersebut supaya terus duduk dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.
Rawatan bergantung pada sebab-sebab:
  • Rawat masalah yang berkaitan.
  • Nasihatkan supaya berhenti mengorek hidung dan menghembus hidung dengan kuat.
Dalam kes pendarahan yang tidak terkawal, pakar bahagian telinga tekak hidung akan memberi rawatan mengikut keadaan seperti membuat sumbatan pada hidung, penggunaan bahan kimia/ubatan tertentu untuk menghentikan perdarahan.

Bagaimanakah anda mengelakkan dari hidung berdarah?
  • Elakkan dari mengorek dan menghembus hidung dengan kuat.
  • Rawat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan komplikasi hidung berdarah.
Ni pula petua org dulu2
Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.

sumber: http://gemini26576.tripod.com/petua/merawatpenyakit.html

6 comments:

p@kcikLie said...

Salam singgah ...semoga ceria selalu..

masa kecik2 dulu selalu jd cmni..lasak sangat cmtulah, dulu2 guna daun sirih jdkan bentuk kon dan sumbat dlm hidung...relaks jap lps ok dah boleh main lari2 semula...
pengalaman mengajar kita. Harap tiada apa yang boleh meriasaukan anda sekeluarga, kalau perlu pegi jumpa pakar..cegah sebelum parah...nauzubillah.

-----------------------------------
Ucapan T.Kasih atas doa dan keperihatinan anda kpd keluarga aruah adik saya..semoga mendapat kerahmatan oleh Nya.

mamyharraz said...

tssk kalau mamy mau panik melampau bangun2 tgk darah..

harap tak serius..yelah mungkin benar sbb aiman melasak sebelum tido,sbb tu berdarah..

syariza09 said...

p@kcikLie

saya pon ada baca pasal petua tu.

sama2lah kita doakan yg terbaik utk arwah. Amin

syariza09 said...

mamyharraz

lasak x hengat punya, x toleh dah mak apak kiri kanan

-Sara- said...

isshh smpai cmtu skali eek.. syaqir takat ni xpenah jd lagi cmtu.. hop aiman xde pape yee..

sw33tdarling said...

alaa... saya macam kecik2 pun camtu gak.. bila dah besar skit kadang2 berdarah sbb korek idung... hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails