~ CliCk mY HeArT ~

Wednesday, February 16, 2011

Trauma jap

Pagi ni mcm biasa, en asben yg antar gi opis, mulanya dia suruh aku bawa jer keta, tp aku degil x nk bawa.
On the way ke opis, tiba2 keta depan emergency break..laki aku dh hangin. Rupa2nya ada kemalangan, aku nampak org terbaring di tengah2 jln. Trus en asben stop tepi jln & masa tu baru ada 2 buah kereta yg berhenti. Kemalangan tu baru jer berlaku. En asben cakap nk gi tolong, aku setuju jer. Tak pe lah, biarlah punch card merah, yg penting niat kami nak membantu. 



Masa tu tak de sapa pun yg call ambulans @ polis, mungkin sbb dorang masih panik. Asben yg call ambulans & minta org kt situ call polis. Dalam keadaan kelam kabut tu, aku tgk x der sorang pon yg hadang kat laluan tengah2 tu.Risau pula sbb laluan tu penuh ngan kereta & takut ada kereta lain yg x prasan terlanggar pula mangsa yg terbaring. Kejap tu sib baik ada lelaki berhelmet berdiri tengah2 laluan &; lambai2 tangan suruh kereta lain lalu di lorong sebelah. 


Mangsa tu terbaring kaku, muka dia berdarah. Dia naik motor & yg aku prasan helmet dia jenis yg separuh. Rasanya helmet ni mmg tak selamat untuk dipakai.
Masa tu ada penunggang  wanita  yg berhenti dekat ngan aku. Dia menggigil & tak dapat truskan perjalanan. Aku cuma minta dia bertenang & berehat dulu. Aku paham prasaan dia masa tu. Katanya jalan tu kiranya laluan dia hari2. Yang penting doalah kepadaNya, semoga smuanya selamat. 

Bila ambulans & polis dah sampai, kami pun beredar. Menurut crita en asben, mangsa tu ahli bomba berdasarkan seluar yg dia pakai & kemalangan tu membabitkan motor & Myvi oren. Aku ada nampak Myvi tu berhenti jauh daripada tempat kejadian & owner tak keluar2 pon drp kereta, maybe panik. 
Apa2 pun w/pun aku tak kenal ngan mangsa, aku cuma berdoa semoga Allah menyelamatkannya...Amin


pagi ni trauma jap...aku mmg sensitif bila tgk accident

6 comments:

Ada Dalina said...

adoiii...serammm je!mtk2 selamat la org tu...

-Sara- said...

ishh klo sara pn menggigil tgk xcident depan mate, harapnya die selamat laa..

[-suziey-] said...

erkkk..xtau la yek hidup ke x org tu? huhu..smga Allah selamatkan dia..

~Siti Hajar~ said...

Sy klu tjumpa org xcident, sblh2nya xnak pandang, bukan ape klu tnampak yg scary2, trs kaki terkaku xleh nk drive...huhu...takut terlebih..

mintak simpang la kita dr prkara2 yg sbegitu..

mamyharraz said...

moga org tu di lindungi Allah..

memang ngeri tgk keadaan mcm ni kan..kalau mamy mau ketar lebih..
bagusnya awk dan husben yg prihatin :)

Fieza79 said...

pn jenis gigil jgk kalau tgk org terbaring tk sedar kat jln..trauma sekejap..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails