~ CliCk mY HeArT ~

Thursday, December 9, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah-- dah mula, jom gi nengok

Ari ni dah mula crita terbaru Mamat Khalid.
Hantu Kak Limah Balik Rumah -  tajuk jer dah wat aku tersengeh-sengeh. B4 ni aku dah tgk crita Zombi Kg Pisang, kalo kt umah, crita tu la yg en asben dok ulang berkali2, x jemu2.
Jom kita baca serba sikit pasal crita ni



Crita ni kesinambungan drp "Zombi Kg Pisang".
Filem ini harus ditonton kerana lawak jenakanya segar dan mampu membuatkan penonton menjerit ketakutan melihat Hantu Kak Limah. Dan sebahagian dialognya masih melekat dalam kepala. Jika dulu mungkin 'otak otak' menjadi sebutan. Dan kini dalam HKLBR dialog 'cecite cecite' ketika orang kampung sakan berbual, mungkin bakal menjadi ikutan.



HKLBR mengisahkan Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,


Kak Limah langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. 

(kredit: http://www.manggaonline.com.my)


Bukan setakat Hantu Kak Limah, beberapa lagi ‘spesies’ hantu turut diselitkan seperti Hantu Nang Nak, Hantu Kopek Panjang (ala Ghostbusters), Hantu Salji (Yeti) dan Hantu Mesir.



Kecohnya, apabila Hantu Kak Limah sudah bermaharajalela di dalam kampung, dia akan mengusik bukan saja atas katil orang, tetapi juga dalam dewan orang ramai sehingga ke dalam jamban! Selain itu adegan Pak Abu, Usop (bekas penari kebudayaan lumpuh - mangsa lenyek mesin bajak), Abi Hurairah serta bomoh Jawa dan Siam yang berlari pecut macam Rabuan Pit selepas terserempak Hantu Kak Limah, sangatlah melucukan sampai ada yang bertepuk tangan.

(kredit: myMetro)


Filem ini dibintangi oleh Awie, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Pekin, Shoffi Jikan dan Delimawati. 


bila baca sinopsis nie, hati membuak2 nak gi tgk.   tapi leh ker aku gi????
rasa mcm nk tinggalkan Aiman kt mil jer ngeh..ngeh..ngeh

6 comments:

Pn. Zana said...

Sya, cm best je..pegi la tengok. Tinggalkan Aiman kejap ngan Mil. sy punx pernh g bwk Ammar msuk wayang ..sbb die kat umah bukan suke tgok tv..:)

syariza09 said...

Pn. Zana

Ye lahh, niat tu ada. tgg masa jer.
Mmg x leh pon kalo g ngan Aiman, nanti mcm2 hal pulak dia wat :D

AzMask said...

bestnya citer ni... tapi watching partner takder... huhuhu.

syariza09 said...

azmask

ank bujang ader, cer ajak gi tgk...hehe

hajarus said...

jom.. jom... :)

mamyharraz said...

nak pagi jugak ni =P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails