Semenjak dua menjak ni @im@n suka sangat buka tutup peti ais. Mula-mula aku leh lagi ckp sopan2. Tapi lama2 aku berangin satu badan sbb dia buat2 tak dengar jer apa yang aku larang dh namanya budak2, harus la nakal sikit.
Bila dah terbuka mula la nak usik sana sini. Pegang sana, celup sini, tuang air, selongkar apa je yg ada dlm peti ais. Kekadang tu aku dah tak tau nak simpan apa lg dlm peti ais. Ye lah, kalo dh simpan mesti si kecik tu dok main2. Kekadang tu boleh pula beristirehat duduk2 santai. ejuk (sejuk) katanya mentang2 la kat rumah tak de ekon
Untuk atasi problem ni, kononnya aku pon beli pengunci peti ais (nak lock pintu kabinet pon leh juga) yg ada dijual di Cosway. Bila tgk menda ni rasa mcm tak leh tahan lama pon. Apa2 pon kita tyr dulu. Dgn semangat waja. aku pon pasang la menda ni.
tampal-tampal jer. ok ker ni?
Teiba2 jer dtg si kecik yg baru lepas mandi abah tlg mandikan, pampers pun tak sempat pakai. Masih memakai towel. Nampak jer aku kat dapur, zasssss terus dia pon cibuk kt dapo. @im@n cuba tarik-tarik. Tapi tak berjaya..aku dah tersenyum lebar
Muka yg kecewa
Tapikan sikecik tak give up. Dia cuba tarik2 lagi. Kali ni tarik ngan sekuat hati. Siap ada bunyi lagi yeahhhhhh
Akhirnya
Berjaya juga dibuka....Kali ni turn @im@n pula tersenyum lebar
Mamanya dah takleh nak senyum
Hmmmm tak berjaya juga misi mama ni
Bila dah terbuka, seperti biasa @im@n teruskan aktiviti selongkar brg2 mama
huhu.....no idea
8 comments:
hahaha...budak2 biasa la. dia ada takut ngan apa2 binatang tak? beli la replika binatang tu letak dalam peti ais....
Hi salam kenal, sy follow blk yer..
nice blog!
anak sy pon camtu la, peti ais ckp suka main, buka ttp & selongkar apa yg ada, yg si abg suka ambik ais mkn, abc ice kacang katanya..huhu
ehehhe,..comel jee
sib baek fridge umh sara jenis xde pemegang kt bwh cmtu..jenis tarik kot ats tuu..klo x sah2 syaqir pon cm aimanlaa..lg sedapla duk angkut stok die lam tuu..hehe
ana
aarr laa..bagus la idea tu. si kecik ni mmg takut ngan lipas & cicak. nanti nak beli & gantung kat freezer. mesti dia lariiiii
~Siti Hajar~
Hai Siti...hmmm sama la ank kita. Budak2 mmg suka wat cenggini kan
mrs_yus
itu la, kalo pemegang jenia atas tu, mesti dia tak pandai buka. masa beli dulu x beringat pula pasal ni
sama la si bujang kat rmh ni. puas la mama ni bertukar jd singa. mn taknya kejap2 buka peti...kejap2 buka peti. hilang sabar kang rasa mcm nk suh je dia masuk duk dalam peti tu. hahahaha
Fara
kalo srh ank sy duduk dlm peti ais mesti dia suka, tak nak kluar2. sbb apa tau..di kata eeeii ejuk (sejuk)
tu la, budak2 ni suka betul bukak tutup peti ais... Faris dah jarang dah, sebab dekat peti ais tu sal letak meja jepun... susah sikit dia nak pi bukak.. hehe
Post a Comment