~ CliCk mY HeArT ~

Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Saturday, May 30, 2015

Kalau part II jer mesti mcm tak bestkan kan kan....



Citer kat atas ni la yang aku maksudkan.
Ada saper2 yang tgk citer ni?? Mesti x ramai yg tengak pasal citer ni setiap ari Isnin -Khamis kul 3 ptg. Aku pon tgk gitu2 jer lah. Tu pon sbb kt opis ada tv.
Part 1 ari tu mmg best giler sbb masa tu si Maya ni masih jd org gaji...jln citer pon giler2 sikit la. Tapi part 2 ni dia dh kahwin...so jln citer pon agak slow. Banyak citer hal2 family jer...ermmm..x best arrr.
Best tak best pon aku nk tgk ending nanti, coz masa tu dia ada baby twins..tgg jer lahh

Friday, November 22, 2013

Ikan emas kontot

Tenang.................

 Leka jer bila tgk ikan berenang2
berkawan-kawan
Seronok tau
ni ikan-ikan kt ofis
gigih kami membela ikan sebab kiranya terapi utk hilangkan stress
Ikan-ikan ni smuanya kami beli di Pasar Pudu, murah-murah tau
Leh tgk entri sini yer

 Ikan campur-campur
ikan emas ada, ikan kecik2 ada, ikan panjang, ikan bandaraya pon ada

comel jer ikan emas kontot-kontot ni
geram jer tgk
kami tetapkan sorang jer yg jaga bagi makan, kena buat camtu yer.. kang ramai pula yg bagi, lain pula jadinya terlebih makan pulak ikan2 tu, boncit perot lak

kalo org tu x der, baru la kami take over

pasni nk bela kt rumah pulak la,tapi cari yg akuarium kecik la... mcm best jer...mcm cantik jerr

Monday, April 22, 2013

Undilah "dia"


Sumber: FB


Tergelak2 nampak ni kt FB
kreatif tul depa ni hahahaha
PRU nanti aku blk kg, tp ai g sorang jer lah, tumpang abg sulung. aiman ngan abah tinggal kt sini jer..
td boss tanya, tempat u saper calonnya
errmmm...ntah lerr, saya pon tak tau
issshh...nampak sgt aku x amik tau


Wednesday, November 21, 2012

Masih suci murni


Yesssss!!!!
Akhirnya dapat PC baru, yg lama dh punah.
Masih suci murni yo!!!! Aku org pertama yg sentuh  tau :)

Dah dapat tu gi salah guna plak...hihiihi
rehat td pasang ceramah ustaz Azhar Idrus
alaa...bknnya wat per pon, tambah ilmu jer, sambil berblog sambil sejukkan telinga hehehe (waktu rehat jer nk dengar pon)


Slalu dengar lam kreta, tp asyik tak abis jer,ok la kita sambung kt opis hehehe
isshhh tak puas plak sbb speaker CPU kt bwh meja
ok arr aku cilok jap speaker sapa tah ni

haaaaa baru la sebutir2 leh dengar ayat ustaz tu
maklumla ustaz ni kan speaking ganu, kita yg bkn ganu ni kena la kembangkan sikit tlinga ni, baru la leh paham hehehe



*********
Satu hari tu aku dok dengar cd ni lam kreta, aku ni gelak giler2 la ngan lawak ustaz ni. Aku pandang en asben yg tgh drive...sepatah ayat pon dia tak gelak, senyum pon idak..
Rupanya bila disiasat, dia x paham apa yg ustaz tu ckp, yer lah org KL susah sikit nk paham loghat lain..
sib baik la mak aku kelate, leh gak ler paham bahasa ganu :-)
apa2 pun i like ustaz ni 



Tuesday, September 4, 2012

Makin lama, makin menarik

Malam ni harap2 aku tak lupa nk tgk citer ni. W/pun mlm ni ada kawan nak datang beraya, aku akan tetap fokus pada tv...hahaha kejam tak

drama ni makin lama makin best...org yg aku geram pon, bini dia dh hentak kt hutan.
rasanya lom mati lagi tu...sajer nk wat kita saspen

cuma aku rasa janggal pula bila fiza jd mak...isshh nampak sangat beza umur dorang, mcm kakak ngan adik ok la. Apa yg aku prasan sejak dua menjak ni mmg byk drama yg dia lakonkan watak mak...errmm mak zaman skrg mmg muda camtu kot hihihi

satu lagi yg aku prasan dlm drama ni leh pula anak dia bahasakan diri "I"  "YOU" ngan mak dia...errkkk mula2 tu rasa mcm aku salah dengar ...errrmm bahasa moden skrg kot

apa2 pon jom layan citer ni @TV3 9mlm



bila la nk citer pasal raya pula...errrmm

Wednesday, February 22, 2012

Tgk wayang citer yg saya tak teruja nk tgk

errrmmm camner leh jadi mcm tu??
apa leh buat, dh org blanjer, aku tgk jer lahhh.
Ari tu temankan adk gi window shopping. Berdua jer tau, Aiman & asben mmg tinggalkan kt umah. Dah lama kami adk beradik x jalan2 camni sama-sama.






Dia tringin nk tgk citer AZURA. Aku ni pula x brp tringin sgt nk tgk citer tu, try gak suggest citer lain, tp dia nk tgk gak citer tu...errmmm pk jer lah, lagipun dia yg blanjer hahaha..




Bagi aku citer ni biasa2 jer..., tp jgn la bandingkan Azura kak Ogy & Azura Nealofa...
Adik aku pula kata citer ni best....ermmm terpulanglah pada masing2 kannn.
Ada juga unsur2 humor yg boleh buatkan kita gelak2...x tahula citer ni masih ada kt wayang @ tidak. Kalo tak pun uols tgk jer nanti kt Astro First @ beli jer CD.






untung la artis skrg, dpt gak gi jalan2 negara omputih

Thursday, February 16, 2012

Meleleh-leleh ayaq mata

Malam tadi baru berkesempatan tgk citer ni. Astro Oasis 106


google

Rasanya citer ni dh tayang masa Maulidurrasul ari tu, tp masa tu x sempat tgk. Malam tadi layan citer ni sorang2. En asben & anak keluar tgk org main bola. Jadinya dapatlah aku melayan citer ni ngan syahdu syahdan. 

Bagi aku citer ni best. Ketabahan janda beranak 4 yg susah payah membesarkan anak, dah tu ada pula pak haji (Ahmad tarmimi Siregar) yg dok kacau2 & ngorat dia. Dah tu siap rogol lagi wehhhh,,,gilaaaaa.
Yg paling sedih tu part anak2 dia mati bila makan lauk yg dibeli oleh pak haji tu. Sanggup tul dia boh racun coz janda ni x bls cinta & x mau kahwin ngan dia. Aku tgk kak ogy meraung, aku pon meraung gak. Yer la, sapa yg tak sayangkan anak, 3 org mati serentak huhuhu. Tapi tu la, pak haji pon mati gak, padan muka.


sapa2 yg lom tgk tu, leh la tgk yer. citer astro ni kan ulang2

Friday, October 21, 2011

Giuliana Rancic mengidap kanser payudara


Kenal???
Tak kenal, x per. 
Dia pengacara E! News. Aku kenal pun sbb dulu2 kalau ada masa free mlm2 tu, tangan rajin sgt klik channel 711, 712. 

Pastu melekat pula ngan kisah dia dan suami yg gigih nak dapatkan baby, mcm2 yg dia buat.
Now, tak sangka dalam masa dia cuba utk dptkan baby, doc sahkan dia mengidap kanser payudara. Mesti mcm2 rasa ada kan, mana nk pikir pasal baby, psl penyakit merbahaya ni...
Nak tahu lbh lanjut baca jer citer kat bawah ni.
Kredit to Yahoo! News




Giuliana Rancic tabah hadapi kanser




Jika sebelum ini kita menyaksikan bagaimana sukarnya untuk mereka mendapatkan anak sendiri melalui rancangan televisyen realiti "Giuliana & Bill", kini pasangan Rancic, Giuliana dan Bill terpaksa berhadapan dengan satu lagi rintangan apabila Giuliana disahkan menghidap kanser payudara.
Dipetik daripada laporan "E!", berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Giuliana melalui satu temubual ketika rancangan "Today" mengatakan dia mengetahui tentang perkara tersebut ketika dalam persediaan untuk rawatan IVF.
"Dalam usaha saya untuk mengandung menerusi rawatan IVF, kami mendapat tahu bahawa saya menghidap kanser payudara peringkat awal," katanya yang mengakui terkejut dengan berita tersebut kerana tiada sejarah keluarganya mempunyai penyakit itu.
Giuliana, 36, turut memberitahu dia dipaksa melakukan mamogram oleh doktornya sebelum memulakan rawatan ketiga mereka bagi memastikan tiada sel kanser sebelum cuba untuk mengandung sekali lagi.
Mendapat sokongan sepenuhnya daripada Bill, 40, Giuliana bakal melalui satu pembedahan minggu ini diikuti dengan enam minggu rawatan radiasi. Giuliana juga masih ingin meneruskan usahanya untuk mendapatkan anak sendiri selepas selesai rawatan tersebut.
"Saya tidak akan mengalah. Saya inginkan anak sendiri. Apa yang menakjubkan adalah anak itu juga yang telah menyelamatkan diri saya," katanya.
Pengacara "E! News" dan "Fashion Police" ini turut memberitahu teman baik dan pengacara bersama, Ryan Seacrest bahawa dia berasa lega mengumumkan berita tersebut kepada orang ramai kerana ingin menjadi inspirasi dan pengajaran kepada wanita di luar sana supaya mengadakan pemeriksaan yang kerap.
"Saya merasakan satu beban berat telah diangkat daripada bahu saya. Saya sudah menyimpan rahsia ini buat seketika daripada pengetahuan rakan-rakan dan ianya sangat melegakan kerana tidak perlu bersembunyi lagi,
"Saya mula sedar saya boleh menjadi contoh kepada wanita supaya mengambil tahu tentang kanser payudara, malah mengambil langkah sepatutnya untuk tahu lebih awal.
"Jadi inilah situasi saya. Saya akan selamat. Saya akan jadi lebih baik. Saya tidak akan putus asa kerana saya mengetahuinya lebih awal," kata Giuliana lagi.

Friday, October 7, 2011

Dia minat, kitapun kena minat juga....

Apa yang penting..........kerjasama.
Kalau tak nak gaduh2, masam2 muka, apa yang suami minat, kita sebagai isteri pun kena minat juga walaupun terpaksa

Ari ni nak citer pasal minat @ hobi en asben. Ini adalah salah satu ngan apa yang dia minat & suka. En asben ni sukakan muzik dan lebih suka bermain gitar. Tak kira siang @ malam. Tapi takder la tengah2 malam, nanti apa kata jiran pula. Kiranya kalo sehari kat rumah tu tak dengar bunyi gitar mmg ada tak kena la tu..sama ada tuan gitar sakit atau gitar tu yang sakit...hehehe.

Cumanya en asben kalo main gitar dia leh main gitar jer, dia x leh nyanyi semasa main gitar, kalo nyanyi gak trus ilang fokus. Sbb tu dia tak leh jadi artis, kalo tak leh wat konsert ngan Yuna...hehehehe aku gak yg gigit jari. Slalunya kalo aku free, dia main gitar & yg jadi vokalis tentunyalah aku & backup singer pula Aiman (dengar sore Aiaman hu ha hu ha). Dalam n3 berlagak artis ada aku citer kisah ni :)

Baru2 ni bertambah pula gajet en asben.

aku pon tak tau apa nama benda ni. Yang aku tau cara guna ni, ko kena pijak2 kt petak2 tu.
Kiranya sound gitar tu lbh sedap laaa...nyaring gitu, nk ala2 muzik nirvana pun ko leh buat. Semuanya boleh laras. Alat ni pon leh rekod sound gitar yg kita main tu.
Yang paling aku pasti, Aiman pon dah pandai pijak2 benda ni ..opppssss yg tu aku mmg tak bagitau abahnya.....hohohoho


Yg ni mmg dah lama beli. Yg ni pun aku tak tau nama betulnya, yg aku tau ni speaker gitar, cucuk jer wayar, nanti berdengung la bunyi gitar tu, yg ni pon leh laras.


kan dah cakap.....balik keje terus mula menggoreng. Baju pun tak sempat2 buka.
Si isteri menggoreng di dapur, si suami menggoreng di luar

Mama & abah menggoreng, Aiman melayan kartun.

Layan jer lahh apa yang menjadi minat suami kita selagi minat tu tak memudaratkan keluarga. Kalo minat yang positif leh la layan, kalo yg negatif tu cepat2 la padamkan.

Cuma satu jer yang aku pesan pd en asben, minat macam manapun, famili perlu diutamakan




Wednesday, September 14, 2011

~ Lakonan semata-mata ~

pic: rotikaya.com


agak terkezut ngan adegan semalam......tapi nak wat camner, dh kata adik beradik, mmg ler kena wat aksi camni...lg pun director yg suruh....hehehehe
kalo org lain yg buat  aksi ni, ahkak x kisah sgt dik




Koi 7pm, mesti tunggu depan tv...Aiman nk tgk kartun sebelum tu ok,
 jgn sesekali nk berebut ngan mama.


Wednesday, February 9, 2011

Movie lama pun ok gak, lom basi lagi..

Masa gi rumah abg ari tu, ada ler diapinjamkan kan crita Hindustan kat aku. Mulanya malas nk amik sbb en asben bknnya minatpon. Tp atas desakan, aku amik juga ler. Time boring ni ok gak layan DVD.
Tau tau crite per yg aku pinjam tu. Ni haa

HISS (crita ular)


ni la ular jadian...kejap2 bertukar jd manusia. Dewi ular kononya.
Movie nie pernah kontroversi sbb heroin ni terlalu brani. Bukan brani buat aksi stunt, tp brani utk memBOGELkan diri.
Tak caya?? kena la tgk sendiri...hehehe

agaknya badan dia cantik sgt kot, tu sbb dia leh bogel.
Bkn sikit2 jer tayang, abis satu badan dr kepala sampai ke kaki ditayangnya..
en asben yg tak minat crita hindi trus jd minat.....teeeeeeeeeeeeeeeeeet


Selepas2 tu sambung pula ngan movie ni, dah basi pon, tp bg aku lom basi lg la sbb baru tgk.
Ni pun hasil pinjamam



Mmg peling meling tgk movie ni, tp aku lbh suka ngan lagu dia
Bila Cinta ...lalallala..


korang masih layan dvd @ cd lagi tak?

Monday, January 31, 2011

Layan lagu sejuk di pagi yg dingin

Salam Isnin.....Ari ni rasanya ramai yg cuti kannnn.
Semalam satu hari hujan, kain2 yg sidai pun tak leh nak kering.
Pagi ni masih lagi hujan renyai. Dah ler tak ramai org kat opis ni, makin bertambah sejuk la.
Sejuk2 ni best jer dengar lagu nie, aku dah terjatuh cinta lak. Kalo tak silap, lagu ni dlm drama Bila Cinta Bertasbih (Indonesia). Aku tak pernah tgk pun, tp bila first time dengar lagu ni, terus hati terpikat.






aku pernah publish lagu ni kat FB. Tapi dapat komen dr member (auuww)  yg lagu ni "panas"...hehe..terserahlah



sejuk2 mcm ni kalau kena peluk kan best (*_*)

Friday, January 28, 2011

Utube pun jadi laa

Seperti biasa, rehat macam ni mmg ler x ke mana, nak ke sana sini pon keta x der, kalo ader pon langkahnya tak panjang.
Nak tido pun malas, baik aku isi masa tu ngan godek Utube...sblm ni kan ramai yg crita pasal cerita ni, aku pon sempat tgk masa cuti ari tu. Ari2 lain x dpt nk tgk sbb crita ni kat TV3 kul 2pm (kalau x salah la).

Sejuta Cinta Marshanda


wahhhh.........bestnya cerita ni
dah tu pelakon2 dia pun mantop terutamanya


  • Baim Wong
  • Marshanda 
  • Ashraf Sinclair



Masa taip n3 ni pon aku sempat lg jeling2 cerita tu kat sebelah...cer tgk nie
ppssttt.....benci tgk pompuan ni, jahat sangat(mak baim dlm crita ni)


pasnie yg pasti YouTube jadi tempat kau lepak-lepakkan mata ...hehe

Monday, January 17, 2011

Mata tak berkelip bila tengok....

bila tengok gamba blue...
ooppsss......acah jer tu. x baik tgk pic x senonoh tu kaann.
Mata ni tak berkelip bila tgk Baim Wong......eh kenal ker?
Tak kenal, maka tak cinta okeh.

Petang2 blk keja dlm kul 6.30ptg aku dah melekat dpn tv siaran Astro 104. Tengok per, tengok mamat emcem ni la dlm crita "Bukan Diriku". 


uuuiiiii ...suka sangat, ritu tgk dia dalam "Jangan Benci Bilang Cinta" with ex-girl Marshanda. Crita yg baru ni pula dia ngan heroin Ririn Dwi Ariyanti...sweet sangat.



Crita ni mcm ada unsur2 kepalsuan la sikit, sbb ada crita org yg dah mati, pastu roh dia masuk dlm badan org lain la, tapi tu smua aku x amik pot sbb benda2 tu bukannya leh pengaruh aku
pon...sajer penyedap crita..... kannn

Org kata crita Tiramisu best, tp aku lom tgk pon. Tak per la, setiaku pada yg satu...hehehe...Crita ni ada ulangan waktu malam, tapi aku lebih suka layan ptg, sbb slalunya malam en asben yg pegang remote.


pastu aku leh pula tak suka ngan mamat ni, tak suka tgk muka dia dah macam mayat idop 
dah tu berlakon watak jahat lak tu, sesuwai sangat la tu.....saper2 peminat dia, sorry yer



Bukan Diriku-Samsons ost Bukan Diriku 





Sorry la en Aiman, no cartoon ok. Kalo nk tgk gak, mama kena buka kartun kt lappy.


korang layan crita per???



Friday, January 14, 2011

Budak 8thn dah pandai masak

Aku rasa masa aku umo ni, bknnya pandai masak tapi main masak2 kt pondok ada laaa.
Ni haaa...nak crita, mlm tadi disebabkn ahli rumah yg lain dh tido mcm la ramai ada la sikit masa utk aku berdendang sayang dpn tv..
Tup tup buka pula channel kesayangan astro 711...mula2 layan Greys Anatomy, pastu ada lak crita nie

aku rasa aku tgk siaran ulangan jer, sbb masa tu dh kul 12 lbh. 
Jadual betul program ni aku tak tau. standard arr aku tgk siran ulangan..hehe

Mmg terkezut gilerr coz yg masak2 tu smuanya budak2 kecik wehhhh
Budak2 yg masuk bertanding masak ni, yg paling muda adalah umo 8thn - 12thn.
Malu aiii.....budak kecik ni pon dah pandai masak2. 
Bukan resipi cikai2 tau, smuanya debommm.
Aku yg dah tua bangka ni pon nk masak kadang2 tu masih pakai buku resipi. 

Mmg aku tabik spring arr kat budak2 ni, pandai wat segala jenis masakan kek, tart, 7 serba serbi pandai la. 
dah tu pandai pula nak main api, oven, pisau, & kretip lak tu
Naper la aku tak sepandai budak2 nie......
Budak2 ni kecik2 lagi dah bercita2 nk buka restoran yg pemes emes..mmg dasyat la dorang nie.
Aku puji2 dorang ni, bukannya ada apa2 pun, bukan sedara mara pon
Jom layan picas

kredit to pak google


ni la budak plg muda - 8thn 
comel sangat

budak lelaki pon tau masak...huhu


get ready nk amik bahan2 masak


budak2 yg masak ni wehhh


pengadil tetap
mmg sempoi. pandai dorang amik hati budak2. 
Mcm mlm td ada budak ni tersalah masukkan acuan kek plastik dlm oven...abis lembek..
kesian sangat, budak tu pon dh give up
Pandai si botak tu pujuk budak tu & tunjuk cara yg betul nk kluarkn kek dr acuan yg lembek tu
kalo aku pon, mau nanes berdarah dah tu


ada saper2 tau  crita ni ditayangkan waktu bila sbenarnya??

Tuesday, November 23, 2010

5 taktik pendatang asing

Dah....dah...dah. Tak mo lagi pikir pasal mimpi tu. Smua tu mainan tido okeh. 
Harap smuanya yg buruk2 dijauhkan


Jom hiburkan hati.

Pic ni dpt drp email.
  5 taktik terbaik pendatang asing menyeludup masuk
Jom tgk gelagat dorang yg begitu bersungguh2...
waaa respect arr






No. 1 : 
dalam beg pakaian..isk...isk...isk...




No. 2:  
dalam dashboard kereta...adeh sakitnya otot-otot!






No. 3:  
dalam rear seat kereta...macam sardin King Cup pula dia tu...!








No. 4:  
dalam enjin kereta...heheh...kulit badak atau unta kah orang ni ah...???








No. 5:  
Dalam front passenger seat kereta...kah...kah...kah...!!!!! Bergeliga betul otak dorang ni tapi kena tangkap juga! Kantoi woi...!!








AWAS!!!! AMARAN...
SEMUA PEMBACA YANG MEMILIKI KERETA DISARAN SUPAYA MEMERIKSA BETUL-BETUL KERETA 
MASING-MASING SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN. MANALAH TAHU ADA PATI YANG BERSEMBUNYI 

DALAM STERING KAH, DALAM WIPER KAH, DALAM TANGKI PETROL KAH, DALAM TAYAR KAH...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails