~ CliCk mY HeArT ~

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

~ Masa ni baru ada kesedaran sivik~

Hai...semalam coti & ari ni dh pon masuk keje. sunyi sepi pulak opis ari ni, maklumla cuti skolah, ramai yg amik coti.
En asben pon dh beransur ok, demam dh x der tp pallet darah masih rendah 96..sepatutnya kena 150 ke atas (kalo x silap la). Daripada Isnin hingga hari ni, dia masih kena amik darah. Sib baik x masuk spital sbb under control lg. Lagipon dia dh x demam & selera makan masih ada,.  Masa aku wat status kt FB pasal demam denggi ni, ada kawan suggest suruh makan buah kiwi. Anak saudara dia sblm ni makan gak sup ketam tp x der perubahan, then lepas makan buah kiwi, pallet darah naik smula. Aku try jer lah.


Balik jer keje ptg Isnin tu aku trus gi pasar utk cari ketam tp dh petang, mana ada ketam lorr..beli jer la bahan2 utk masak. then trus pecut ke Alamanda utk beli kiwi, senang citer aku gi cold storage, senang, mcm2 buah ada. Aku pecut ni, bukannya aku yg bawa keta tp en asben..hehehe dia larat lg nk bawa, bukannya jauh sgt pong.


seumur hidup aku x nah beli pon buah kiwi ni...makan tu pernah, tp belinya x pernah....jakun kann


 Aiman tgk buah ni, geli geleman pulak..ye lahh, buah ni kan berbulu
potong sebiji2 jer dulu, en asben ni payah sikit nk mkn  buah
Aku sengaja paksa dia makan, kalo x paksa mmg dia takkan makan. 


Semalam inspektor kesihatan pun dtg rumah, yer lahh sbb dh ada kes, dia dtg la tgk apa2 yg patut. Soklan pertama yg dia tanya " ada pasu bunga yg guna air tak?" fuhh..sib baik ler aku bukan yg jenis rajin nak tanam2  pokok lam air. Rupa-rupanya ada org tingkat 8 dh kena masuk ward sbb denggi, somi dia pula dh start demam. tu larr ramai sgt dh kena kt kawasan ni. 

Petangnya pula dah ada org buat fogging, sebelum ni kalau org buat fogging, aku mmg tak buka pintu sbb tak tahn ngan bau busuk ubat fogging tu. Tapi bila dh camni, baru la ada kesedaran sivik buka pintu...amik kau!
Org tu masuk lam rumah sembur stp ruang, sib baik la lam rumah ni derang sembur yg jenis tak berasap.
Aiman yg tengah tido cpt2 aku angkat bawa kluar. Terkejut dia, bila org bertopeng masuk lam rumah. Ingatkan setakat tu jer, rupa2nya lps tu ada lagi fogging kat luar rumah, kali ni jenis yg berasap pula. Kali ni en asben & Aiman berkurung dlm bilik sbb x tahan ngan asap, aku leh jer tahan, siap kuar rumah tu tgk derang sembur2.

kat taman penuh ngan asap, masa ni budak2 yg tengah main bertempiaran lari

hall dh penuh ngan asap

kat luar rumah, masa ni asap tebal. dah tak nampak motor yg parking kat bawah


masa ni baru ok sikit, dh nampak pon motor2 tu

Aiman tgk kot tingkap jer. Kalo aku ckp pasal uncle asap, mesti dia takut.
haha...now kalau dia buat bising jer, aku ckp buat la bising, nanti uncle asap tu dtg rumah kita. trus x brani bising u.


mlm tadi en asben x leh tido sampai kul 3pagi sbb gatal2, then kul 4.30pg Aiman pula yg bangun sbb cirit birit...huhuhu...aku yg tak sakit pon jadi sakit...letih makkkk

Monday, June 6, 2011

Demam denggi ker??

2 hari cuti tak dapat ke mana2. Jemputan kenduri pon x dapat nak gi. Hajt di hati nak jumpa roomate mcm kt n3 INI pon terpaksa batal. Nak wat apam utk mamyharraz pon x dapat.


En asben diserang demam dr petang Jumaat lagi. Dia mmg jarang demam, kali ni kira lama juga la nk ok. Hanya mkn panadol jer, demam on off. Ada gak ngadu sakit2 urat, pening kpala ler..Si kecik Aiman pula time abah dia sakit ler rajin sangat nk panjat abahnya...Dah ler, abahnya sakit sendi2...akhirnya aku la jadi mangsa utk dia panjat..huhu x per mama redha.


Ari ni dia gi opis jap, aku mmg sungguh2 suruh dia gi jumpa doc, sekurang2 nya leh dpt antibiotik.


Tadi dia call, doc kata dia ada tanda2 demam denggi, dah ada bintik2 merah kt badan. Kebetulan pula area aku ni mmg dh ramai yg kena. 2 minggu lepas ank akk jual nasi lemak admitted sbb demam denggi. Now, dia dh rehat kt rumah. Bila dia ckp mcm tu, aku yg kt opisni pikiran melayang2. Mcm2 yg aku pikir, kalau la dia admit nanti, mcm mana ngan aku ekk..Mesti kelam kabut  & huru hara jadinya...isshhhh suka sangat pikir yg bukan2. Harap2 dia sembuh ngan cpt.


Esk tgk ler camana...kalo sunyi sepi blog ni, kiranya aku EL la tu, mau jaga org sakit & buat sup ketam. Sup ketam ni elok utk demam denggi kannn


Ari ni aku rajin google pasal demam denggi & dapat beberapa petua 

Jus daun betik
Air 100/plus 
Air kiwi
Air pegaga
JusTembikai (original - tanpa gula)
Sup ketam


nk tahu lbh lanjut sila klik SINI


Ni pula resipi sup ketam



SUP KETAM
Bahan
Ketam 2 ekor
2 biji buah pelaga
Kayu manis sepjg jari kelingking
Sekuntum bunga lawang
Bawang putih 5 biji ditumbuk
Halia sebesar ibu jari diketok
Serbuk lada hitam/lada putih
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang goreng, daun sup & daun
bawang
Cara
Panaskan minyak, tumis bunga lawang,
kayu manis, buah pelaga sampai naik 
bau, masukkan bawang putih, halia,
biarkan seketika. 
Kemudian masukkan air, serbok lada &
garam, biar mendidih kemudian 
masukkan ketam, biarkan dalam 5-10
minit bagi air ketam tu sebati dgn kuah 
kemudian matikan api masukkan bawang
goreng, daun sup & daun bawang yang 
telah diricih itu







Kat sini ada sikit info pasal demam denggi


Demam Denggi


Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.


Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.





Jenis Denggi

Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu :

1. Demam denggi klasikal

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakitotot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' ataubreakbone fever.





2. Demam denggi berdarah

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawandan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.





Tanda/Gejala

Tanda-tanda atau gejala :

Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakangmata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalamdarah menurun.

Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawahkulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.





Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2 hingga 4 sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).

Rawatan

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Demam denggi klasikal

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Demam denggi berdarah

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.


Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.










bila dh jadi camni, baru la sibuk cari info sana sini

Thursday, May 26, 2011

Perut lapar, tp nafsu nk mkn x der

Adoiiiiii...lapar wehhh. Bangun tido td, baru jer bercita2 nk turun ke cafe.
Tapi memandangkan mulut ku masih sakit, trus ilang napsu nk makan...huhuhu....sangat2 sadis!
Ulser mulut @ ada yg panggil mata ikan, dh lama menetap lam molot ni. Ni smua gara2 gg bongsu laa, dh wat hal senget ke dinding pp la pulokkk...mencikkk. 

Ari tu yg aku cabut tu gg bongsu sblh kiri..ni kanan pulok wat prangai. Biasanya aku guna bonjela tp lmbt pulok baiknya. Aku pon google la kot2 ada petua nk kasi ilang cpt menda ni & dh jumpa pon.

thanks pd  owner blog ini. aku just C & P jerr

uols yg tengah sakit mcm ai pon leh try ok

Cubit sekeping asam keping/ asam gelugor, sebesar jari kelingking (jari tangan yer bkn kaki pulak), tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit  bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan.

Panduan:
ini jari kelinking yer 


ni asam keping
dh org suruh guna asam kpg, jgn ko pandai2 nk guna asam jawa pulokk

balik  ni aku nk try...yg pasti air mata akan meleleh2...mesti sangat2 pedih kannnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails