16 Mac...
Tarikh keramat buatku. Aku bkn lagi di bawah tanggungan mak & bapa. Secara sahnya aku di bawah tanggungan suamiku. Segala-galanya di bawah tanggungan suamiku. Detik2 itu masih jelas diingatanku . Masakan aku boleh lupa semua itu. Sekejap jer masa berlalu. Tup tap tup tap dah 8 thn kami hidup bersama. Masa2 yg kami lalui itu terlalu berharga. Bak kata org dulu2, sedangkan lidah lg tergigit, inikan pula suami isteri. Macam tu juga la kehidupan kami. Aku dah rasa manis, masin, masam, pahit, kelat macam2 ada. Lumrah alam..kita smua akan melalui fasa itu. Smua pengalam yg aku lalui sbg suami isteri lbh mematangkan diriku dlm menjalani kehidupan harian. pengalaman pahit & manis sentiasa bermain2 di minda ku. Ahhh...Sbenarnya kau x nak ingat lg pengalaman pahit tu. Terlalu banyak onak, ombak, duri. Bila terkena duri, aku terluka. Bila terluka, aku berdarah. Setiap kali selesai solat, aku x putus mendoakan semoga jodoh kami berkekalan hingga akhir hayat. Insyaallah.
Kehadiran Mohamad Aiman Danial benar2 merubah kehidupanku. Ya Allah ya Tuhanku...aku bersyukur di atas kurniaan mu ini. Kami berjanji akan menjaganya dgn sepenuh hati. Dialah satu-satunya buahhati kami di saat ini. Aku bersyukur kepadaMu kerana diberi peluang utk merasai kehidupan sebagai M@M@. Alhamdulillah. Terima kasih kepada suami tercinta kerna masih menyanyangi diri ini. Tak lupa juga kpd ibu bapa & mertua yg banyak memberi sokongan dan pengertian di saat kami memerlukannya.
Ya Allah Ya Tuhanku...
Terima kasih di atas kurniaanMu ini. Semoga jodoh kami berkekalan hingga akhir hayat. Berikanlah kekuatan & keberkatan kepada kami utk menjaga anak kami sebaik mungkin.
Aminnnnn
Saat ini air mata menitis membasahi pipi. Itulah air mata sedih & gembira selama 8 thn ini..
3 comments:
selamat ulangtahun...
moga ikatan kalian kekal hingga akhir hayat...
congrats, smg hubungan korg diberkati oleh Nya
Smoga doa kalian menjadi kenyataan. Aminn
Post a Comment