Aku pun terkejut bila baca kisah ni. Pada mereka yang dah pun baca akhbar Utusan hari ni, mesti dah tau ngan apa yg aku story. Baby ni baru berusia 2 bulan Nur Safiah Natasha. Baby comel ni ada penyakit ganjil di mana semasa tidur pernafasannya terhenti. Perkara ni berlaku sejak dia berusia 25 hari .Penyakit ganjil ni adalah yang pertama berlaku di Malaysia dan tidak ada ubat untuk mengubatinya. Doktor sendiri pun tak dapat sahkan apa penyakit sebenar baby . Sekarang baby dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Setiap kali dia tidur, bantuan pernafasan akan diberi. Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Semoga ibu & ahli keluarganya yang lain tabah menghadapi ujian Allah..
* aku takut untuk memikirkan nafas yang tetiba jer terhenti ....
* sumber: Utusan Malaysia 29 Dis 09
No comments:
Post a Comment