~ CliCk mY HeArT ~

Wednesday, July 13, 2011

Sweetinss Motel vs Federal Villa

continue n3 Langkawi ok


Kami nginap di Sweetinns Motel, Pantai Cenang. Motel ni milik org Melayu kita. Bagi aku yg tak amik pot ni mmg x kisah sgt. Mmg sangat puas ati. Semalam RM80 (bilik standard) termasuk breakfast utk 2 org. Kami amik 2 blk standard selama 2 hari. Motel ni terletak berdekatan ngan pantai. Kiranya seberang jalan la, bukan betul2 kt sebelah laut tu. Kalau nk ke laut hanya jalan 5 minit jer. Lintas jln jer ko akan nampak laut belakang  kedai area Cenang ni. Yg tu la yg penting, yg penting dekat ngan laut. Nak amik hotel yg betul2 atas pasir & mengadap laut tu smuanya RM100 ke atas..aku ni nak amik 2bilik, 2 ari lak tu...baik aku simpan wet tu utk blanjer lain.


ni la tempatnya....kecik jer pon. Ada 2 tingkat, aku minta bilik bawah pasai mak x larat nak naik turun tangga. Masa ni jiran2 kami omputih & Korean... 
Dalam bilik x disediakan kettle, mula2 tu cuak la juga, camner lak aku nk buat susu Aiman. Rupa-rupanya sebelah kaunter reception ada disediakan mesin air panas & sejuk. Sib baik la aku bawa termos Aiman.  x der la susah pon. Aiman bukannya rajin nak duduk lam bilik, asyik ajak kluar jer. Sebab utamanya kat luar ni dorang ada jual air tin, biskut la, cekedis (jajan) la....kopak la omak ni wehhhh

Kat ujung sana (napak tak omputih pompuan yg tua tu berdiri), kat situ ler tempat kami bekpes. 
Pagi pertama (Jumaat) disediakan kuetiaw grg, roti bakar, corn flakes, air teh & cofee.
Pagi kedua (Sabtu) disajikan lempeng, roti bakar, corn flakes, air teh & cofee. Bekpes hari kedua ni mak aku x berapa berkenan, yor la kita yg Melayu2 ni bukannya kenyang pon mkn lempeng, slalunya kita mkn waktu petang. Bila ditanya naper buat lempeng, katanya sbb ari tu banyak mat salleh, derang ni bukannya mkn sgt makanan yg bergoreng. 


dari arah depan
Nampak tak cermin itam tu, tu adlh blk cybercafe....kalo ko x leh idop tanpa tenet, jgn risau masuk jer bilik tu & bayar RM3 utk sejam. Yg plg best, kat sini ada WiFi, hahaha sukanya aku, tu la yg aku gatai tangan update status kt FB, baca blog time en asben tido. Tak payah susah2 aku nk bayar RM3. Saper2 yg nak  basikal & skuter leh la sewa kat sini. Kalo tak silap, skuter RM30 & Basikal RM15 utk sehari (kalo x silap la).


Masa kami gi sini, bar yg jual makanan bergoreng ni x buka la pula. May be buka hujung minggu jer kot. Time tu la baru ramai org..ye tak

Lupa lak nk cakap, Wira kami  x dpt arr nk parking depan motel ni sbb x der tempat letak kereta. Tapi jgn risau coz owner dah sediakan kawasan parking kat luar depan motel ni, dekat jer pon.




kalo dr jln tu ke dalam sikit la tempatnya, sikit jer. Kawasan tu ala2 kampung, dalam ni banyak gak rumah2 rehat yg lain..


Aku ada survey pasal motel ni dlm web agroda, so kt situ senang nk tgk komen2 pasal tempat ni. Banyak yg merungut tempat ni susah nk jumpa, so sblm en asben aku bising2 cari tak jumpa, aku dh contact awal2 tanya kedudukan motel ni....


ok guide nya senang jer.....nampak jer restoran RASA terus belok ke kiri (kalo ko dtg dr arah Kuah ler)..tempat ni malam2 mmg happening, aku tak masuk pon sbb mcm mahai jerrr...keder betoi..








mak & mil bersantai kat luar bilik tgg  aku bersiap...biasalar  ada ank kecek ni mmg memanjang lmbt jer alasan


maap ler. lupa pula nk snap pic masa mula2 sampai, mula sampai tu katilnya tak la camni. Katilnya sajer dicantumkan senang nk cuit2, pastu kemas jer & ada meja kat tengah2. Nak tgk lbh cantik uols masuk la kt website sweetinns



tv pon ada tp hanya siaran tv1,tv2 & tv3..Bilik ni mmg disediakan kipas, ekon, & water heater, towel, sabun......lengkap smuanya




Lebih suka nginap di Chenang berbanding ngan Pekan Kuah. lagipon di waktu malam, area sini sangat2 happening, kiranya kalo kt KL ni mcm Bukit Bintang la. Semua bangsa ada, omputih, Afrika, pak arab, minah arab. Kedai mkn, gerai2 jualan pon banyak kat sini, ko siap duit jer lahhh.




nak tahu lebih lanjut pasal motel ni sila klik sweetinns


sekian laporan saya utk pagi ini

13 comments:

mamyharraz said...

ok juga motel ni..nnt nak g survey.nak no tepon motel ni bole?

hehehh oo nak cuit2 ya ehemmm ehemmm ;)

kwsn hapeninglah best,taklah seram =P kang kalau terlalu private nak kencing pong payah mlm2 kena kejut partner hehehhh ;)

Mama Gee said...

janji leh tido dgn selesa...dan leh cuit2...hheehehe :)

-Sara- said...

ermm quite ok la motel ni..siap brekfast skali mmg ok sgt2 la..

NM02 said...

hehehehehe

masa kami ke langkawi tu, patutnya kami stay sini la. dah booking awal b4 dapat holiday villa.

bila jpm reply ckp permohonan kami diterima, terus cansel sweet inn ni.

masa kami kat langkawi, try gak servey hotel ni, tak nampak plak celah mana lorongnya

Fieza79 said...

best nya tgk org bercuti...

kat mana menginap pun janji leh tido lena kan...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

Katilnya sajer dicantumkan senang nk cuit2<---i loike...

syariza09 said...

mamyharraz

hahaha...mmg tak seram pon, sronok lg ada ler

syariza09 said...

Puan Gee

hehehe...cuit2 itu penting =)

syariza09 said...

-Sara-

tu larr...selesa sgt

syariza09 said...

NM02

oo ye ker.. jumpa RASA, masuk jer lorong tu

syariza09 said...

Fieza79

lena x sedar diri

syariza09 said...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™

cuit2 itu penting =)

kurus said...

ok ape dik .. kalau akak pun cari motel je .. janji selesa dan kemas kan .. kalau nak hotel2 nie budget kena lebey lah kan .. kalau akak ok dah :) lebihan duit baik standby utk sopink2 kan :)

dikk aah anak buah akak tu memang setiap bulan ke putrajaya , check disana atas arahan hosp di pahang nie .. haa entah2 org yg sama tak ?? nama ayah dia azhar ... akak long akak tu zaiha namanya .. hermmmmm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails