~ CliCk mY HeArT ~

Tuesday, July 12, 2011

Rancang lain, jadinya lain

sambungan Cuti2 Perlis & Langkawi 
mood sudaa ada, kita continue ok

Khamis 30 Jun 2011
Langkawi


Tahu tak sbb per aku kurang semangat nk citer pasai Langkawi? Sebabnya apa yg aku rancang, jadi sebaliknya. Terus terang aku katakan, tak banyak tempat2 menarik yg kami lawati. Biasala kan, bila dah bawa mak mak ni nak jalan2 tu ada la sikit halangan ....errmmm...redha jer lah kan. Halangan menda? x per, korang bacalah n3 ni sampai abis.

Kereta Wira pon dh dapat,  minyak pon dh isi, baru koi 11 lbh, nk check-in pon tak leh  lagi kena tgg koi 2pm. Bonet pon dah penuh ngan beg2 yg besar gedabak. Ikutkan ati aku, ada la tempat yg aku nk tuju. 

google


Tup tup dengar mak aku sound, 
jom gi Idaman Suri (IS), esok Jumaat kedai tu tutup...errkkk
oklahh...betoi gak, esk dh tutup, nanti kalo ke Langkawi x singgah Idaman Suri mcm x lengkap pulak kann. Masa kami gi, org pon tak berapa ramai, senang la sikit aku mak & mil nk shopping. Yor lahh, dh ko pegi time org keje, mmg ler tak ramai. Aku idak ler membeli sangat pon, setakat nak beli senduk, fm & cari hadiah besday kawan jer. Tu jer...cekelat mmg aku x beli kat sini sbb aku tau ada tempat yg lbh murah. 





Dah x banyak membeli tu, puas gak la aku berlegar2 cuci mata sementara tgg mak & mil shopping. Sib Aiman tido lam keta, kalo dia ader lam IS ni, aku lak yg skt jantung. Sian gak kat mil, banyak mangkuk2 kaca yg dia berkenan, tp dek kerana kami ni naik flight & tak nak kena caj berlebihan, so tgk2 jer lahhh. 



google
Baru sekeping gambar aku amik, baru aku prasan ada sign x leh snap2 lam kedai. Sebelum aku sentap dek org tegur, baik aku simpan smula kamera ni.

Dah abis shopping, kami makan pula kat kedai makan sebelah ngan IS. Kedai ni aku dpt info drp kakak ni & kawannya. Aku tak tau kedai ni murah atau mahal sbb smuanya mak yg bayar hahahaha..beshhhh

dh koi 1 lbh, oklah dh leh gerak ke hotel. Perjalanan dr pekan kuah ke Pantai Chenang pon amik masa lam 20minit gak. Untung2 kami leh masuk awai, mesti la smua guest dh blah..yer dakk.




Sepatutnya percutian kali ni aku nginap di Federal Villa (rumah peranginan utk org gomen) di Pantai Tengah sana nun. 


Federal Villa
ni pic 2thn lalu


Mmg dah apply & dh luluspon..tapi bila aku ada nak wat pertambahan bilik, smuanya dh penuh. Sebelum ni aku mohon 1 bilik jer, sbb masa tu bajet mak aku x ikut. Kalau setakat mil, leh jer weols dok lam 1 bilik & amik xtra bed. Tup2 mak nk ikut lak, sah2 ler kena tambah bilik. Takkan smua nk dok lam satu bilik, sesak napas plak. Sebelum ni bukannya niat tu x nak bawa mak sendiri gi cuti2, tp yer lah aku tau mak aku ni sbenarnya x larat nak jalan2 sbb nanti lutut dia sakit. Tapi yer lah kann, skali skala mak pon tringin gak nak jalan ramai2 mcm ni.


Dah puas godek2 google sana sini, aku pon booking lah kat satu tempat ni. Sebelum sampai Langkawi aku dh ckp awal2 ngan mil & mak yg tempat kami duduk ni bukannya hotel 5 bintang, 3 bintang pon idak..no swimming pool ok ( ni ingatan utk che asben). Dah kata nak bajet, so tempat tido kena la bajet juga, janji selesa.




jap jap lagi aku citer pasal hotel bajet pula, nak campur smua dlm n3 ni mcm panjang sgt pula 






18 comments:

-Sara- said...

cpt continue! :)

Fieza79 said...

kat mana la tempat yg tk dpt pi tu..mesti frust sgt kan..

Ada Dalina said...

bestnyaa..kiter x penah smpai pon ke langkawi.. :(

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

ok akan ku tungguuu...

mamyharraz said...

cantiknya set bunga2 tu.

plan berubah tu biasa..takpe janji semua dpt ikut berjln.

ok next citer pliss ;)

AzMaslenda said...

kita hanya mampu merancang.. Allah menentukan segalanya

Unknown said...

isyh! dok syok2 baca contineu plk..huhu..

cepat2 la sambung, bdebar2 nk baca..haha

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

BSB dah lama tak g Langkawi..last g 10 tahun yg lalu. Teringin nak naik cable car leeee

Che Mid said...

Ceritalah lagi, CM pun dah lama tak ke sana..

syariza09 said...

-Sara-

hahaha....bawa2 bertenang

syariza09 said...

Fieza79

banyak gak ler..mmg frust, tp gi next time la

syariza09 said...

Ada Dalina

mmg best utk jalan2

syariza09 said...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™

tungguuuuuu

syariza09 said...

mamyharraz

redha

syariza09 said...

AzMask

yaaa tepat skali

syariza09 said...

~Siti Hajar~ s

hihihi..penat mengarang, stop dulu

syariza09 said...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ

naik cable best tau, bagi yg x gayat laa

syariza09 said...

Che Mid

ok, nanti saya continue

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails