~ CliCk mY HeArT ~

Monday, June 6, 2011

Demam denggi ker??

2 hari cuti tak dapat ke mana2. Jemputan kenduri pon x dapat nak gi. Hajt di hati nak jumpa roomate mcm kt n3 INI pon terpaksa batal. Nak wat apam utk mamyharraz pon x dapat.


En asben diserang demam dr petang Jumaat lagi. Dia mmg jarang demam, kali ni kira lama juga la nk ok. Hanya mkn panadol jer, demam on off. Ada gak ngadu sakit2 urat, pening kpala ler..Si kecik Aiman pula time abah dia sakit ler rajin sangat nk panjat abahnya...Dah ler, abahnya sakit sendi2...akhirnya aku la jadi mangsa utk dia panjat..huhu x per mama redha.


Ari ni dia gi opis jap, aku mmg sungguh2 suruh dia gi jumpa doc, sekurang2 nya leh dpt antibiotik.


Tadi dia call, doc kata dia ada tanda2 demam denggi, dah ada bintik2 merah kt badan. Kebetulan pula area aku ni mmg dh ramai yg kena. 2 minggu lepas ank akk jual nasi lemak admitted sbb demam denggi. Now, dia dh rehat kt rumah. Bila dia ckp mcm tu, aku yg kt opisni pikiran melayang2. Mcm2 yg aku pikir, kalau la dia admit nanti, mcm mana ngan aku ekk..Mesti kelam kabut  & huru hara jadinya...isshhhh suka sangat pikir yg bukan2. Harap2 dia sembuh ngan cpt.


Esk tgk ler camana...kalo sunyi sepi blog ni, kiranya aku EL la tu, mau jaga org sakit & buat sup ketam. Sup ketam ni elok utk demam denggi kannn


Ari ni aku rajin google pasal demam denggi & dapat beberapa petua 

Jus daun betik
Air 100/plus 
Air kiwi
Air pegaga
JusTembikai (original - tanpa gula)
Sup ketam


nk tahu lbh lanjut sila klik SINI


Ni pula resipi sup ketam



SUP KETAM
Bahan
Ketam 2 ekor
2 biji buah pelaga
Kayu manis sepjg jari kelingking
Sekuntum bunga lawang
Bawang putih 5 biji ditumbuk
Halia sebesar ibu jari diketok
Serbuk lada hitam/lada putih
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang goreng, daun sup & daun
bawang
Cara
Panaskan minyak, tumis bunga lawang,
kayu manis, buah pelaga sampai naik 
bau, masukkan bawang putih, halia,
biarkan seketika. 
Kemudian masukkan air, serbok lada &
garam, biar mendidih kemudian 
masukkan ketam, biarkan dalam 5-10
minit bagi air ketam tu sebati dgn kuah 
kemudian matikan api masukkan bawang
goreng, daun sup & daun bawang yang 
telah diricih itu







Kat sini ada sikit info pasal demam denggi


Demam Denggi


Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.


Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.





Jenis Denggi

Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu :

1. Demam denggi klasikal

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakitotot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' ataubreakbone fever.





2. Demam denggi berdarah

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawandan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.





Tanda/Gejala

Tanda-tanda atau gejala :

Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakangmata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalamdarah menurun.

Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawahkulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.





Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2 hingga 4 sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).

Rawatan

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Demam denggi klasikal

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Demam denggi berdarah

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.


Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.










bila dh jadi camni, baru la sibuk cari info sana sini

11 comments:

mamyharraz said...

harap husben sya cepat sembuh.

tak apa lain kali kita boleh janji2 lagi..yg penting kesihatan tu lebih utama..kalau sy kt tempat sya pun mesti akan utamakan suami :)

-Sara- said...

hop asben awk cepat sembuh..wife die jgn kelam kabot yee.. bykkn berdoa yee :)

Unknown said...

musim sakit sana cni skrg ni, dengan cuaca yg xmenentu plk kan...mintak2 la mr hubby awak xpape eh, demam biasa je kot, br suspected je kan...don't worry ok..

Mama Gee said...

ai buatkan mak ai sup ketam dulu guna sup bunjut je..sbb takde masa nk selak2 resepi....seb bek jadi..sedap gak..i plak yg pulun..sbb mak tak makan byk...isk2...

~izan~ said...

ala cian hubby akak,semoga cepat sembuh..thanks jugak share petua2 utk demam denggi kat sini..

syariza09 said...

mamyharraz

pasni kita jumpa ok :)

syariza09 said...

-Sara-

hahaha..harap2 wife dia ni x panik larr

syariza09 said...

~Siti Hajar~

harap2 suspected larr..thanks

syariza09 said...

Mama Gee

aar la. yg tu lg mudah & cpt

syariza09 said...

~izan~

senang letak smua info kt cni, esk2 x yah nk selak sana sini lagi..thanks izan

hyazz said...

la sian nyer...moga cepat sembuh yer

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails