~ CliCk mY HeArT ~

Friday, November 19, 2010

Kedai mamak dh macam coffehouse

Aku tak tahu ler samada aku ni ketinggalan, atau mamak ni yg baru wat perubahan.
Petang semalam balik keje, che asben ajak gi makan kt kedai mamak, dia dh lapar.
Rasanya dah lama aku tak makan di kedai mamak, selalunya kalo aku malas nk wat bekpes che asben bli roti canai & tapau jer.

abaikan pipiku yg kembong menguyah roti bom

Tengah2 kusyuk menelan roti bom yg manis tu, tetiba jer mamak tu dtg kt meja & bawa kad. 


mak aii.....dah makin canggih manggih
tak der lg pakai resit2, semua harga yg kami mkn ada dlm kad tu
Dah ala2 coffehouse lak
Bila nak bayar, bawa jer kad tu kat cashier & dia akan check kt mesin brp kita kena bayar
bayar pakai cash lah yer, takkan gi kedai mamak pun pakai kredit kad

gitu pulak dah

********************************

kat kedai mamak lain, tak tau la ada kad mcm ni atau tak
tempat korang ader ke?

6 comments:

mamyharraz said...

canggih!
kedai mamk rmh mamy old fesyen lagik tak secanggih sini... masih terpekik "teh tarik satukkk"!!

~izan~ said...

kedai mamak mmg semakin canggih kan sekarang ni.siap wifi bagai.order tekan button la ala2 pizza hut hehe..mcm2.

syariza09 said...

mamyharraz

yg tu masih ada lg, nk oder kena panggil gak. kad tu mcm ganti resit jer

syariza09 said...

izan_cute
hihihi...kalo pesen tu kan senang, main tekan2 jer. x der la kita nk jerit2 suruh amik oder

Ogy said...

dah lamaa dh style2 kad ni...hik3...so tak payah nk pi cashier sebut satu2 yg kita order...dia zass je kad tu...hehehe

syariza09 said...

ooo...ye ke. I jg yg ketinggalan kretapi :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails