~ CliCk mY HeArT ~

Thursday, April 29, 2010

Khas untuk wanita

Pengguna komuter (pompuan jer) mesti suka bila KTM Komuter perkenalkan gerabak khas untuk wanita je. Maknanya dalam gerabak tu x der kaum lelaki, kalo nak adapun may be budak2. Budak lelaki bawah 14thn dibenarkan naik gerabak ni.  So, lelaki2 di sana jgn ngada2 pulak nak masuk gerabak ni. Women only ok. Saper2 yg naik komuter tu, dapat la merasa kelainannya. Gerabak ni ditampal ngan pelekat khas kaler pink pada tingkap & pintu bagi memudahkan pengguna.  Rasanya kan kalo dalam gerabak di deko smuanya kaler pink pun cantik jugak kannn..krusi tiang, lantai, tingkap ..smuanya pink ngada-ngada.

Sebenarnya aku pun setuju jugak dorang perkenalkan gerabak ni, harap2 lepas ni LRT pun akan ikut wat camni. Sejak semenjak aku naik pengangkutan awam masa gi kursus ari tu, aku sendiri dapat merasa kepayahan kita sebagai wanita bila terpaksa bersesak2 ngan lelaki.
Contohnya masa aku naik STAR LRT, korang bayangkan diwaktu puncak smuanya serbu nak masuk. Air cond pun dah x rasa sbb org yg terlalu ramai. Yg berdiri la lagi rasa terseksa,  pastikan kita pegang tiang atau paut pada krusi ker @ apa2 jer asalkan badan kita x goyang2 mcm menari dangdut. Naik  LRT ni mmg la x selaju bas METRO, tapi kalau x pegang pada tiang, silap haribulan  korang  jatuh bedebuk. Aku dah rasa smua tu..pernah skali tu aku terjatuh atas riba org mana2 tah. sib baik pompuan tapi ya allah malunya aku masa tu. smua org dlm lrt tgk aku, mesti ada yg gelak2.
Dah tu dlm keadaan sesak tu la terjadinya proses gesel menggesel.. Kalo gesel ngan pompuan leh la tahan lagi tapi kalo ngan lelaki ..eeeeiii...gelinya..paham2 je lah.Tapi nak wat camner, nak elak ke kiri pun x leh, ke kanan pun x leh. Nak marah pun x jadi sbb mmg keadaan masa tu terlalu padat. Pernah skali aku dengar org bertekak dlm LRT sbb ada org tu  tegur ngan sorang ni jgn dok tolak2. Org tu pula jawab,..kalo x nak tolak2 kluar jer dr LRT ni, gi naik teksi kat luar lagi selesa., naik LRT ni mmg la camni, ari2 camni. Huhh..dasyat jugak bahasa dia.
Pompuan yg berdiri pun jadi mangsa  lelaki. Cuba bayangkan, pompuan tu berdiri dah tu depan dia ada lelaki yg duduk atas kerusi. Kiranya sama2 mengadap la. Pompuan berdiri x per la ngadap cermin kat luar, tapi yg laki tu pula ngadap bukit bukau kt depan mata dia..Lastly, lelaki tu pun serba salah dia tunduk & pejam mata, ye la nanti x pasal2 pulak org serangadia sbb menggatal. Adussss...Smuanya ni kisah benar, aku tgk ngan mata sendiri smua kejadian ni.
Moralnya: Koc wanita ni may be boleh elakkan banyak perkara buruk daripada berlaku. Kaum lelaki di luar sana jgn la jeles pulak

2 comments:

kak ina kl said...

bestkan dpt naik koc camtu..terasa selamat..

al fatihah buat arwah nenek kamu yer.

syariza09 said...

yappp..slmt dr gangguan kaum lelaki :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails