~ CliCk mY HeArT ~

Tuesday, August 25, 2009

..shopping ikan, daging, ayam..

Pejam celik pejam celik, dah pun masuk bulan puasa. Bulan depan kita dah raya. Sekejap je rasanya. Bulan ni, secara automatiknya segala kerja2 & tugas2 di rumah akan berubah. Aku kena rajin2 kan diri memasak.Emmmm...nak wat camne, kalau nak beli jer, terasa la pulak jemunya & parah jugak la poket. Lagipun kalau nak singgah pasar ramadhan tu umpama kita gi tgk konsert. Jln jam, parking susah(berjam2 jugak la cari parking), masa habis kat situ jer. Bila dah beli lauk pulak ada yg ok & ada yg tak ok. Biasa la tu. Biasanya aku akan beli kuih.Lauk pauk kadang2 jer malas masak la tu .

Ari Sabtu yg lps, hubby ajak gi pasar borong Selangor utk memborong stok for 1 week. Ha...ha..ha..sblm ni aku x pernah wat camni pun. Kalau beli brg2 basah ni, slaluny beli sikit2 jer. Tapi bila posa ni bukan main lagi buat stok. Fuhh..ramainya org. nak parkingpun susah. Tugas aku membeli & tugas hubby pulak jaga anak dlm keta. Mmg aku x bg dia ikut masuk dlm pasar tu, nanti si kecik tu pun sibuk gak nk pilih ikan. Tapi itula..sronok gak bershopping di pasar borong ni. Memang berbaloi. Nasib baik aku x der skt jantung. Bila taukeh ikan bagitau harga je aku terkejut, bukannya mahal tapi teramatlah murah berbeza dgn harga di tempat aku skrg ni.

**stok utk seminggu**

**muka aku yg kepenatan memborong & Aiman yg keletihan tgg aku

Disebabkan itu jugaklah minggu ni aku berjaya utk tdk membeli apa2 lauk pun di psr ramadhan. Yes!!!berjaya jugak. Cumanya masak utk memasak tu teramatlah singkat. terpaksalah aku bersilat di dapur. Bila aku bersilat, si Aiman pun sibuk bersilat gak.

**cubaan utk masuk ke dapur w/pun disekat**










5 comments:

zieha said...

tak rugi masak tewww..dapat pahala:)
selamat berpuasa, memasak ,berbuka n bersahur:)

MRS. K said...

i pon pegi pasa borong last saturday.. awat tak jumpa kak azz pon??
hehehe...

syariza09 said...

zieha..
betul tu, masak sendiri lagik puas hati

MRS. K ...
La kalau tahu CT nk gi, akak kirim jer suruh beli brg2. senang sikit. akak goyang kaki kt rumah jer..

aiza said...

Alamak...Azz, I tak pernah gi Pasar Borong tu...
Dengar aje orang bercerita murah.
I jarang gi pasar, selalunya cik abang yg tolong belikan..
Bukannya apa... i ni kan dermawan aka boros
hehehehhe

syariza09 said...

aiza ...
ok la tu cik abg yg gi psr. Sy pulak lbh suka kalo cik abg tu dok dlm kreta & jaga anak. Sekali sekala pernah gak suruh dia gi pasar, tp slalunya x memenuhi piawaian. Suruh beli sayur kailan tp dibelinya sawi. Hmmm...tp mmg la kalo kita kaum pompuan yg gi psr, duit yg bawa tu mcm x cukup je..he..he.. terrover blanja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails