~ CliCk mY HeArT ~

Wednesday, September 19, 2012

Masak-memasak di ofis

Jumaat lepas, kat ofiskan buat jamuan raya, kiranya penutup la. Jabatan2 lain smua dh selesai buat, kami jer yang last. Sajer pilih akhir2 raya. bajet tak berapa nak ada, jadinya kami kena la masak sendiri huhuhu...
Anggaran tetamu adalah adalah dalam 100 org. Disebabkan kena masak memasak, Khamis lagi kami dh kena prepare. 

Pagi2 lagi gi ke pasaraya Hero sbb nak beli ayam & keperluan2 lain untuk buat sup. Kiranya ari tu tak buat keje opis la, kami wat keje2 utk jamuan jer..masing2 sibuk bua itu ini.

Sampai jer ayam, masing2 sinting lengan baju, nak bersihkan ayam. Satu badan bau ayam wehhh...sib baik aku bawa baju spare, nak balik rumah baru aku tukar baju.

Kami beli 10 ekor ayam...ngan kami2 dah bau ayam huhuhu
Bahagikan tugas la, orang ni bersihkan ayam, org ni kopek bawang, org ni kemas2 kat luar..


Petangnya baru mula memasak, kiranya tumis2 dulu la. Esok pagi senang la sikit.

cer tengok, saper yg masak tu....
ahkak tau...
dipantau oleh master chef..
chef tu kami panggil Kak Bedah. akak ni ok jer, dia keje kat bahagian lain, dia la yg tunjuk ajar kat kami cara2 nak masak dlm kuantiti yang banyak..


Ini plak ahkak yang terlampau....

Bila dh ala2 kenduri ni, penat mmg la tak terkata.
Tapi kan apa yang kami buat ari Khamis tu sia-sia jer sbb kuah yg kami masak tu basi huhuhu......
Mungkin cara kami simpan kuah tu salah kot..., chef kata tutup periuk ngan suratkhabar, kami plak tutup ngan tudung periuk..errrmmm
Pagi Jumaat plak, ari jamuan tu, terpaksa la beli ayam lain & masak kuah yang baru semula. Memang kelam kelibut, tap sib baik la sempat smuanya, alhamdulillah


nanti i citer kisah jamuan plak ok




5 comments:

~~*Lady Salwa*~~ said...

Bestnya... siap ada masak2 lagi...

Sayangnya la, maybe sebab tutup ngan tudung periuk tu jadi berkuap, tu yang basi kot...

mamyharraz said...

dah macam kenduri..penat tp berbaloi kan dpt masak sama2 dgn kawan2 ;)

Me said...

weiii..gigih sungguh..bess nya opis kat bawah..dah macam rumah sendiri pulak boleh masak masak..hehe

~Siti Hajar~ said...

Sygnyer kuah tu basi, btl la kot cara simpan tu xbtl, tp tulah benda2 camtu kn org yg pro jgk buat...

Nsb Baik sempat masak lain, klu tak pakat ratah ayam jelah yer...hehe

syariza09 said...

lady Salwa
aar yer kot


mamy harraz
mmg, dh mcm kenduri kt kg


Me
best tu mmg best, tp penat la


~Siti Hajar~
tu laa, sib baik sempat msk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails